Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Inspirasi Dari Anak, Pembangun Permainan Video Cipta Aplikasi Bantu Pesakit Diabetes

Inspirasi Dari Anak, Pembangun Permainan Video Cipta Aplikasi Bantu Pesakit Diabetes

Diterbitkan Mac 27, 2026 · Dikemas kini Mac 27, 2026 oleh ariff bukhari

Pada tahun 2019, Sam Glassenberg, seorang veteren pembangun permainan video, berdepan cabaran besar apabila anak perempuannya yang berusia lima tahun disahkan menghidap diabetes jenis 1.

Sebagai bapa, beliau mendapati arahan perubatan untuk mengira dos insulin amat rumit dan menakutkan.

Dari pengalaman itulah, lahirnya idea untuk membangunkan aplikasi permainan mudah alih yang mampu membantu pesakit dan penjaga memahami pengurusan diabetes dengan cara lebih mudah dan menyeronokkan.

Aplikasi tersebut yang dinamakan sebagai “Level One: A Diabetes Game” telah pun dilancarkan pada tahun 2025 dan telah dimuat turun lebih 50,000 kali.

Inspirasi Dari Anak, Pembangun Permainan Video Cipta Aplikasi Bantu Pesakit Diabetes

Direka menyerupai permainan popular seperti Candy Crush, ia mempunyai 60 tahap yang secara beransur-ansur memperkenalkan konsep penting seperti pengiraan karbohidrat, dos insulin serta cara menangani paras gula darah yang tinggi atau rendah.

Dengan penilaian 4.9 bintang di App Store dan 3.9 di Play Store, aplikasi permainan ini yang boleh dimuat turun seara percuma mendapat pujian daripada pesakit.

Sebelum ini, Glassenberg pernah menghasilkan aplikasi latihan perubatan iLarynx yang digunakan secara meluas di hospital.

Beliau juga menubuhkan syarikat permainan perubatan Level Ex (kini diambil alih oleh Relevate Health telah kini melatih lebih sejuta profesional kesihatan.

Kini, anak perempuan beliau yang sudah berusia 11 tahun hidup dengan sihat.

Glassenberg melihat aplikasi ini sebagai langkah pertama ke arah revolusi pendidikan kesihatan melalui permainan, serta menggalakkan pembangun lain untuk turut menyumbang dalam bidang perubatan.

Berkaitan

  • Chatbot AI Didapati Beri Nasihat Kesihatan Tidak Tepat
  • HPUSM Perkenal Teknologi Robotik Untuk Pembedahan Lutut
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY