Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Inovasi Pelajar UTM Bagi Selamatkan Mangsa Banjir Diiktiraf Antarabangsa

Inovasi Pelajar UTM Bagi Selamatkan Mangsa Banjir Diiktiraf Antarabangsa

Diterbitkan September 18, 2025 oleh ariff bukhari

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sekali lagi mengukuhkan reputasinya sebagai institusi penyelidikan yang melahirkan jurutera muda apabila 3 pelajar mereka dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal,  (UTM) mencipta sejarah dinobatkan sebagai Malaysia National Runners-Up dalam pertandingan reka bentuk kejuruteraan, James Dyson Award 2025.

Pasukan itu yang terdiri daripada Chow Ming Fong, Magnus Gin Xiang Short dan Wong Zhi Ying telah membangunkan sistem Flood Monitoring Alert & SOS System (FMAS), satu inovasi pintar yang berpotensi menyelamatkan nyawa ketika bencana banjir.

Inovasi Pelajar UTM Bagi Selamatkan Mangsa Banjir Diiktiraf Antarabangsa
Dari kanan, Magnus Gin Xiang Short, Chow Ming Fong dan Wong Zhi Ying.

FMAS menggunakan teknologi LoRa untuk mengesan paras air secara masa nyata, menghantar amaran awal kepada komuniti, serta membolehkan mangsa banjir menghantar isyarat kecemasan berasaskan GPS.

Berbeza dengan sistem konvensional yang hanya menyampaikan amaran sehala, FMAS memperkenalkan komunikasi dua hala melalui SOS Locator Beacon yang kalis air dan mudah alih.

Sistem ini kekal berfungsi walaupun tanpa rangkaian telefon atau bekalan elektrik, menjadikannya sangat relevan untuk kawasan berisiko tinggi.

Inovasi Pelajar UTM Bagi Selamatkan Mangsa Banjir Diiktiraf Antarabangsa
FMAS berfungsi memantau banjir secara terus serta menjejaki isyarat SOS di peta masa nyata.

Kejayaan ini bukan sahaja membuktikan keupayaan pelajar UTM dalam menghasilkan penyelesaian teknologi berimpak tinggi, malah turut melayakkan mereka ke pusingan global bersama finalis dari 28 negara lain.

Pensyarah FKM, Ir. Dr. Amir Putra Md Saad, menyatakan rasa bangga terhadap pencapaian ini dan komitmen untuk terus memperkukuh budaya inovasi reka bentuk di UTM.

Inovasi ini memberi harapan baharu dalam usaha menangani impak banjir yang semakin kerap melanda Asia Tenggara.

Berkaitan

  • (Video) Pelajar UiTM Hasilkan 41 Karya Animasi Membanggakan
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • MediaTek Umum Cip Pertama Guna Teknologi 2nm TSMC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY