Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Seorang Siswa Universiti Malaya Terpilih Ke Makmal Fizik Zarah Terbesar Di Dunia

Seorang Siswa Universiti Malaya Terpilih Ke Makmal Fizik Zarah Terbesar Di Dunia

Diterbitkan Julai 5, 2023 · Dikemas kini Julai 5, 2023 oleh ariff bukhari

Seorang siswa Universiti Malaya bernama Vincent Tee Ming Han, 22 menjadi wakil tunggal Malaysia yang terpilih bagi menyertai CERN Summer Student Programme (CSSP).

CSSP menawarkan latihan praktikal kepada siswa sarjana muda dalam bidang fizik, pengkomputeran, kejuruteraan dan matematik dari seluruh dunia.

Vincent Tee merupakan siswa dalam bidang pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains (Fizik) di Universiti Malaya. Beliau akan berada di sana selama sekurang-kurangnya 8 hingga 13 minggu bermula 3 Julai 2023.

Sepanjang program itu, beliau akan menjalani latihan praktikal dengan menyertai pasukan penyelidik dari seluruh dunia dan mengambil bahagian dalam eksperimen di kemudahan CERN di Geneva, Switzerland.

Vincent Tee Ming Han
Vincent Tee Ming Han, siswa dalam bidang pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains (Fizik) di Universiti Malaya.

CERN adalah singkatan kepada bahasa Perancis iaitu Conseil Européen pour la Recherche Nucléaire (Majlis Eropah untuk Penyelidikan Nuklear)

Ia merupakan makmal fizik zarah terbesar di dunia. CERN menjadi tempat lahirnya World Wide Web (WWW) yang dicipta oleh tokoh saintis dari British bernama Tim Berners-Lee ketika beliau bekerja di sana dalam tahun 1989.

Seorang Siswa Universiti Malaya Terpilih Ke Makmal Fizik Zarah Terbesar Di Dunia
Pada asalnya, Tim Berners-Lee mencipta dan membangunkan laman sesawang untuk memenuhi permintaan perkongsian maklumat automatik antara saintis di universiti dan institut di seluruh dunia.

Pencalonan bagi menyertai CSSP dibuat setiap tahun oleh Akademi Sains Malaysia kepada semua siswa Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) seluruh negara sejak tahun 2012 lagi.

Termasuk tahun ini, sejumlah 23 siswa Malaysia telah dihantar bagi program berkenaan. ASM bertanggungjawab melakukan saringan awal pemilian calon untuk Malaysia, manakala saringan akhir diputuskan oleh ahli jawatankuasa CSSP.

Semua siswa adalah dibiayai oleh CSSP bagi menghadiri program ini.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • 55% Pengguna Malaysia Tak Jadi 'Check Out' Sebab Kaedah Pembayaran - Laporan
  • Kerana Terlalu Canggih, Penghasilan Apple Vision Pro Terjejas

Sumber: MOSTI, CERN

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY