Ini Senarai Model iPhone Yang Menyokong Kemas Kini iOS 16

Usai sudah acara Apple WWDC bagi tahun ini. Pasti ada perasaan bercampur-baur. Khususnya bagi iOS 16. Mungkin kita disajikan dengan paparan kekunci (lock screen) serba baharu tetapi tidak banyak penambahan lain.

Apa-apa pun, yang penting adalah model iPhone manakah yang "layak" untuk menjalankan iOS 16 tersebut?

Berdasarkan laman rasmi Apple, hanya iPhone SE generasi ke-2 dan ke atas sahaja bakal menerima kemas kini iOS 16. Ini bermakna, siri iPhone 7, iPhone SE gen-1 dan iPhone 6s secara tidak langsung sudah terkeluar dalam "liga".



Berikut adalah senarai penuh model iPhone yang menerima sokongan iOS 16:

  • iPhone SE Gen-2 dan iPhone SE Gen-3

  • iPhone 8 dan 8 Plus

  • iPhone X

  • iPhone XS dan XS Max

  • iPhone XR

  • iPhone 11, 11 Pro dan 11 Pro Max

  • iPhone 12, 12 mini, 12 Pro dan 12 Pro Max

  • iPhone 13, 13 mini, 13 Pro dan 13 Pro Max