Ini Senarai Harga Pakej Internet Bagi Golongan OKU

Dalam melebarkan lagi perkhidmatan jalur lebar tetap serta mudah alih dalam negara, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia tidak melupakan golongan kurang upaya dengan memperkenalkan satu tawaran khusus untuk mereka.

Menerusi kenyataan media beberapa hari yang lalu, YB Gobind Sigh Deo menyatakan beliau telah meminta syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan untuk menyediakan satu penawaran khas bagi golongan OKU, dimana ia boleh membantu mengurangkan kos disamping memberi manfaat kepada mereka.

Melibatkan tujuh pengendali rangkaian tempatan, tawaran meliputi perkhidmatan internet jalur lebar tetap, prabayar serta pasca bayar mudah alih tertentu.

Kapsyen: Imej | Twitter Gobind Singh Deo


Seperti jadual diatas, kita boleh melihat diskaun diberikan antara RM10 dan RM15 bagi pakej mudah alih, sementara diskaun sehingga RM44 boleh didapati pada perkhidmatan talian tetap.

Dalam kenyataan yang sama, Gobind turut mengucapkan terima kasih kepada syarikat-syarikat pengendali rangkaian kerana hadir dengan pakej khas terbabit. Ia merupakan inisiatif yang baik daripada kementerian dan syarikat telekomunikasi dalam memberi peluang kepada golongan OKU untuk menikmati perkhidmatan internet pada harga yang lebih murah.

Sumber: Gobind Singh Deo