Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
nothing phone (3a) pro

Ini Rekaan Penuh Nothing Phone (3a) Pro

Diterbitkan Februari 25, 2025 oleh Amsyar Latif

Siri Nothing Phone (3a) bakal dilancarkan pada 4 Mac depan di MWC Barcelona 2025. Seperti biasa, syarikat Nothing gemar melakukan perkara luar daripada kebiasaan.

Mereka kini mendedahkan rupa sebenar telefon terbarunya nanti, Nothing (3a) Pro. Ya, kali ini ada model pro. Tidak seperti tahun lalu yang hanya ada satu varian.

nothing phone (3a) pro_1

Berdasarkan video yang dikongsikan, Phone (3a) Pro tampil dengan modul kamera lebih tebal dan kedudukan lensa sedikit unik.

Kalau anda perasan juga, pada belakangnya juga menampilkan lensa telefoto di mana ia adalah lensa periskop 50 MP OIS yang menawarkan 3x zum optikal. Bersama-samanya adalah 50 MP lensa lebar, 8 MP ultra-lebar dan tidak dilupakan 50 MP swafoto.

nothing phone (3a)_2
nothing phone (3a)_3

Phone (3a) Pro juga hadir dengan butang baharu termasuk untuk mengambil gambar. Pencahayaan Glyph masih kekal dengan 3 segmen tetapi pengguna akan menerima lebih banyak kawalan terhadap fungsinya.

nothing phone (3a)_4

Akhir sekali, siri ini akan menampilkan panel belakang daripada kaca. Bukan plastik seperti Phone (2a). Melaluinya, Nothing dilihat menaik taraf segmen peranti kelas pertengahannya.

Bagi yang ternanti-nanti, Nothing Malaysia sudah bersiap sedia untuk pelancarannya dan dijangka tiba di pasaran tempatan dalam masa terdekat.

Berkaitan

  • Carl Pei: Nothing Phone (3) Akan Hadir 2025 Dengan Ciri AI
  • Nak RM10 Percuma & Peluang Menang RM1 Juta? Ramai Terkejut Betapa Mudahnya MAE Ni!
  • 'Snake Game' Boleh Dimainkan Dari Widget Telefon Nothing
  • Nothing Phone (3a) Akan Ada Butang Baharu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY