Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
29 Aplikasi Mencurigakan Ini Telah Dibuang Dari Google Play Store

9 Aplikasi Android Ini Didapati Mencuri Data Log Masuk Dan Kata Laluan Facebook

Diterbitkan Julai 5, 2021 oleh ariff bukhari

Penyelidik keselamatan Dr.Web Antivirus telah mendedahkan 10 aplikasi Android yang didapati mencuri data log masuk dan kata laluan akaun Facebook.

Daripada 10 aplikasi itu, 9 daripadanya ada ditawarkan dalam platfom Google Play Store.

9 Aplikasi tersebut melibatkan aplikasi apliaksi suntingan foto, horoskop dan aplikasi mengunci peranti.

Berikut adalah 9 aplikasi itu yang ada ditawarkan dalam Google Play Store:-

  1. Processing Photo
  2. App Lock Keep
  3. Rubbish Cleaner
  4. Horoscope Daily
  5. Horoscope Pi
  6. App Lock Manager
  7. Lockit Master
  8. Inwell Fitness
  9. PIP Photo

Screenshot 2021-07-05 at 07.25.48

Menurut Dr.Web Antivirus, jumlah keseluruhan muat turun melibatkan aplikasi-aplikasi itu adalah lebih daripada 5,856,010 kali oleh penggunanya.

Aplikasi-aplikasi itu mencuri log masuk dan kata laluan facebook penggunanya dengan meminta mereka log masuk ke dalam aplikasi menggunakan nama dan kata laluan akaun facebook.

Kononnya dengan tujuan untuk menyekat daripada iklan-iklan dipaparkan pada aplikasi tersebut.

9 Aplikasi Android Ini Didapati Mencuri Data Log Masuk Dan Kata Laluan Facebook

Apabila pengguna yang terpedaya dengan taktik itu, aplikasi itu akan mula memasang trojan ke dalam peranti mangsanya dan menjalankan tugas sebenarnya.

Malah penyelidik menambah, trojan yang dipasang juga menyebabkan pengguna berpotensi menjadi mangsa taktik penipuan phishing di mana mereka akan dibawa ke laman sesawang palsu yang menyerupai laman rasmi.

Keadaaan ini pastinya sangat merbahaya khususnya melibatkan laman perbankan.

Bertindak ke atas laporan Dr.Web Antivirus itu, pihak Google telah segera membuang apliaksi-aplikasi tersebut dari ditawarkan dalam PlayStore mereka.

Malah Google turut membatalkan akaun pembangun aplikasi-aplikasi tersebut.

Jadi kepada pengguna Android yang ada memasang aplikasi-aplikasi yang dinyatakan di atas, anda bolehlah membuangnya dari peranti Android anda dengan segera.

Sumber: Dr.Web Antivirus

Baca juga: Aplikasi Android Bakal Guna Format Baharu, Tiada Lagi APK

8 Aplikasi Android Ini Didapati Membawa Perisian Hasad Joker

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY