Di Malaysia, walaupun rangkaian 5G belum ditawarkan secara rasmi di Malaysia tetapi kerajaan sedang berusaha membangunkan infrastruktur rangkaian tersebut.
Seperti semua sedia maklum, kesediaan rangkaian 5G di Malaysia hanya akan bermula sekitar penghujung tahun 2022 atau awal 2023 nanti menerusi pelaksanaan projek JENDELA.
Walaupun masih lambat lagi, tetapi itu tidak menghalang pengeluar-pengeluar telefon pintar dari pelbagai jenama untuk menawarkan pelbagai model peranti dengan tersedia menyokong rangkaian 5G.
Menurut laman penguji kelajuan internet Speedtest, telefon pintar keluaran Apple iaitu iPhone adalah telefon pintar yang memiliki keupayaan memuat turun dan memuat naik data terpantas di Malaysia.
Speedtest memahkotakan model Apple iPhone 12 Pro Max sebagai peranti terpantas memuat turun dan memuat naik data di Malaysia iaitu pada kelajuan purata 52.33 Mbps dan 15.69 Mbps.
Kedudukan kedua diraih oleh model Mate 30 Pro 5G dari Huawei. Manakala kedudukan ketiga pula adalah model iPhone 11 Pro Max juga dari Apple.
Berikut adalah senarai 5 model telefon pintar dengan keupayaan memuat turun dan memuat naik data internet terpantas di Malaysia menurut Speedtest:-

Berikut pula adalah 5 kedudukan jenama telefon pintar dengan keupayaan memuat turun dan memuat naik data internet terpantas di Malaysia menurut Speedtest:-

Data dari Speedtest ini adalah bagi suku ketiga dan suku keempat tahun 2020 lalu.
Sumber: Speedtest
Berkaitan
- MOTHER Adalah Peranti Penjejak Kesihatan Pintar Pertama Di Dunia Yang Tidak Perlu Dicas
- Kodak Dan OPPO Dilaporkan Bekerjasama Membangunkan Kamera Berkembar 50MP Untuk Telefon Pintar
- Satelit Ke-10 Negara Berjaya Dilancarkan, Kelajuan Internet Dijangka Akan Bertambah Kepada 100Mbps
- Masalah Capaian Internet Di Kg. Sungai Samak, Bagan Datuk Perak Mendapat Perhatian SKMM
- Pixel 4 Adalah Telefon Pintar Paling Teruk 2019/2020
- Telefon Pintar Android Bajet Rendah Didakwa Sudah Tersedia Dipasang Perisian Hasad
- Lagi Dakwaan Telefon Yes Meletup
- Dunia Bakal Berdepan Gangguan Internet Yang Lebih Kerap Kerana Bencana Alam
- Penyelidik Bimbang Ribut Solar Ekstrem Mungkin Merosakkkan Perkhidmatan Internet Di Seluruh Dunia
- TM Menaik Taraf Perkhidmatan Internet Di 3 Kampung Di Sarawak