Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
oneplus 8

Ini Merupakan Imej Rasmi OnePlus 8 – Hadir Dengan 3 Pilihan Warna Termasuk ‘Pelangi’

Diterbitkan Mac 29, 2020 oleh Meor Hasyim

Dalam masa sekitar 2 minggu lagi, siri OnePlus 8 akan dilancarkan. Sebelum ini kita telah melihat imej janaan 3D menggunakan komputer melalui jangkaan penganalisis teknologi. Namun hari ini, buat pertama kalinya kita dapat melihat imej peranti ini secara rasmi dimuat naik oleh winfuture.de.

OnePlus 8, iaitu salah satu dari varian siri yang ditawarkan, akan mempunyai sehingga 3 pilihan warna. Ia akan hadir dengan pilihan warna ringkas hitam, warna hijau yang baharu, dan juga satu pilihan warna meriah seakan ‘pelangi’ digelar “Glow“.

Ini Merupakan Imej Rasmi OnePlus 8 – Hadir Dengan 3 Pilihan Warna Termasuk ‘Pelangi’
Ini Merupakan Imej Rasmi OnePlus 8 – Hadir Dengan 3 Pilihan Warna Termasuk ‘Pelangi’

 

Melihat kepada peranti, paparan bakal menggunakan rekaan punch-hole dengan saiz bezel yang minimal pada bahagian atas dan bawah. Jika diperhatikan, OnePlus juga akan menyertakan paparan melengkung pada varian biasa ini dan tidak lagi eksklusif untuk versi Pro sahaja.

oneplus 8

Beralih kepada belakang, terdapat modul merangkumi 3 lensa dengan satu unit pancaran LED diletakkan dibawahnya. Berkenaan spesikasi, ia akan didatangkan dengan paparan AMOLED bersaiz 6.55 inci FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Lensa kamera belakang pula adalah gabungan 48MP + 16MP + 2MP.

Ia akan dilengkapkan dengan cip pemprosesan Snapdragon 865 dengan sokongan 5G. Bateri dikatakan akan diperah dari kapasiti unit bersaiz 4,300mAh disokong oleh pengecasan pantas 30W. Buat masa ini hanya varian OnePlus 8 sahaja yang dimuat naik dan kami juga seperti anda masih menunggu bilakah model OnePlus 8 Pro pula membuat kemunculan.

Terdapat banyak perbezaan antara OnePlus 8 dan 8 Pro dimana saiz peranti, spesifikasi paparan, RAM, teknologi bateri, dan piawaian perlindungan kalis air dan debu adalah berbeza. Siri OnePlus 8 dikhabarkan akan dilancarkan 15 April 2020 ini. Sebelum ini, tarikh pelancarannya terpaksa ditunda disebabkan wabak pandemik Covid-19.

Sumber: winfuture

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY