Ini Mungkin OnePlus 8 Pro

Awal Oktober ini, kita telah menyaksikan rekaan OnePlus 8 telah tertiris. Disebabkan OnePlus sudah mula memperkenalkan dua model setiap kali pelancaran bermula dari OnePlus 7, ramai yang tertanya-tanya di mana versi Pro nya.

Nampaknya kita masih boleh belum merehatkan diri dari mendengar nama OnePlus di internet apabila rekaan peranti versi Pro tersebut pula mula tertiris.

Baru sebentar tadi, rekaan OnePlus 8 Pro telah dimuatnaik oleh @OnLeaks dengan kolaborasi @91mobiles.

https://twitter.com/OnLeaks/status/1185056399535022080

Jika diperhati rekaan di hadapan, OnePlus 8 Pro dilihat bakal membuang rekaan kamera hadapan pop-naik dan sebaliknya menggunakan rekaan kamera lubang tebuk pada skrin hadapannya. Rekaan ini adalah selari dengan kamera hadapan OnePlus 8 yang pernah tertiris sebelum ini.

Maklumat lain mengatakan skrin hadapan 8 Pro akan bersaiz 6.65 inci, di mana ia sedikit besar berbanding 8 yang bersaiz 6.5 inci.

Di belakang pula, nampaknya OnePlus mula menempatkan sensor (Time of Flight) TOF yang boleh membantu meningkatkan kualiti gambar potret di samping 3 susunan kamera seperti model-model sebelumnya.

Tarikh pelancaran untuk OnePlus 8 dan 8 Pro walau bagaimanapun masih lama lagi. Seperti biasa, kita akan menyaksikan lebih banyak maklumat-maklumat yang tertiris mengenai kedua-dua model ini menjelang pelancarannya sekitar suku kedua tahun hadapan.

Sumber: OnLeaks

Berkaitan