Pada masa ini, terdapat 3 aplikasi yang telah dibangunkan oleh kerajaan Malaysia dan di bawah ini merupakan aplikasi tersebut:
MySejahtera
MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan melalui kerjasama strategik Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Aplikasi ini dibangunkan untuk memberikan kemudahan untuk membantu individu mendapatkan bantuan kesihatan dan tindakan yang perlu diambil jika dijangkiti COVID -19 serta mengenal pasti hospital atau klinik terdekat untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan COVID -19.
MySejahtera telah dilancarkan pada awal April lalu di Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia (GAMMA), App Store, Play Store dan Huawei AppGallery.
GERAK Malaysia
Aplikasi GERAK Malaysia telah dibangunkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi pihak Kerajaan Malaysia untuk menyampaikan maklumat terkini berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), berita dan statistik berkenaan Covid-19.
Melalui aplikasi ini, ia membantu pihak berkuasa mengesan kontak dan menganalisa pergerakan pengguna di seluruh negara dalam menangani penularan Covid-19 dengan berkesan. Selain itu, aplikasi ini bertujuan untuk memudahan urusan pengguna yang memiliki dokumen perjalanan yang sah dalam tempoh PKP.
Sebarang permintaan kecemasan termasuk bekalan makanan dan preskripsi ubat juga boleh dilakukan menerusi aplikasi ini. Walaupun aplikasi GERAK Malaysia telah tersedia di Play Store dan App Store, namun ia masih berada pada peringkat beta (beta testing).
MyTrace
MyTrace merupakan aplikasi yang sedang dibangunkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MoSTI).
Pembangunan aplikasi ini merupakan ilham daripada negara Singapura yang telah melancarkan satu aplikasi telefon pintar yang bernama Trace Together pada bulan lalu.
Berdasarkan kenyataan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, aplikasi ini akan dihantar kepada Play Store dan App Store dalam masa terdekat.
Menggunakan teknologi Bluetooth, aplikasi MyTrace dikatakan dapat membantu mengesan kontak rapat terutama apabila PKP dilonggarkan. Maklumat lokasi juga tidak dirakam bagi menjaga privasi pengguna.
Dengan aplikasi-aplikasi yang disenaraikan, ia mungkin dapat memudahkan semua pihak untuk mendapatkan maklumat mengenai kontak Covid-19 dengan lebih mudah.
*Kemaskini - Aplikasi Gerak Malaysia yang telah diperkenalkan oleh SKMM tidak diperakukan dan dibuat sebarang penilaian oleh MKN, menurut ciapan di Twitter. Ia mungkin disebabkan oleh isu pengesanan data lokasi pada aplikasi tersebut.
Dalam pada itu, pihak MKN menyatakan mereka bakal bekerjasama dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk usaha menggabungkan aplikasi MySejahtera dan MyTrace.
MKN tidak membuat sebarang penilaian atau memperakukan GERAK MALAYSIA.MKN kini sedang berkerjasama dengan Mosti bagi mengabungkan aplikasi My Sejahtera dan My Trace
— MAJLIS KESELAMATAN NEGARA JABATAN PERDANA MENTERI (@MKNJPM) April 17, 2020
Berkaitan
- ASUS ROG Phone 3 Dilancarkan Di Malaysia, Harga Bermula RM2,999
- Redmi 9 Dijual Bermula RM499 Di Malaysia, Jualan Mulai 18 Jun
- Huawei Band 4e Akan Masuk Malaysia Tetapi Harganya...
- Intel Malaysia Komited Beri Sumbangan Lebih RM2 Juta Bagi Membantu Memerangi Covid-19
- CyberSecurity Malaysia, Celcom Dan Huawei Bekerjasama Untuk Pembangunan 5G
- Huawei MatePad 10.4 Bakal Hadir Di Malaysia Tidak Lama Lagi
- Kelajuan Muat Turun 5G Di Malaysia Adalah 16.8 Kali Lebih Pantas Daripada 4G - Opensignal
- Harga PS5 Naik RM200 Di Malaysia, Sony Kata Ini Sebabnya
- OPPO A38 Kini Tersedia Di Malaysia Dengan Harga RM599
- Mi 10 Ultra Kini Boleh Dibeli Di Malaysia