Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Qualcomm AI Orchestrator, Teknologi AI Lebih Pintar Dan Responsif

Qualcomm AI Orchestrator, Teknologi AI Lebih Pintar Dan Responsif

Diterbitkan Oktober 11, 2024 oleh Rushsyafizal

Dalam dunia kecerdasan buatan (AI) yang semakin berkembang pesat, Qualcomm Technologies memperkenalkan Qualcomm AI Orchestrator, satu teknologi yang berperanan besar dalam meningkatkan pengalaman AI peribadi pada peranti. AI Orchestrator ini bukan sahaja menyesuaikan diri dengan keutamaan peribadi pengguna, tetapi juga menguruskan aplikasi serta perkhidmatan pada peranti dengan lebih pintar dan responsif.

Teknologi ini menggabungkan semua fungsi AI pada peranti dan mengekalkan maklumat dalam bentuk graf pengetahuan peribadi, menjadikan pengalaman pengguna lebih intuitif. Dengan AI Orchestrator, maklumat peribadi disimpan pada peranti, memastikan privasi yang lebih terjamin dan masa tindak balas yang lebih pantas.

Qualcomm AI Orchestrator, Teknologi AI Lebih Pintar Dan Responsif
qualcomm-ai-orchestrator-1 (1)
Qualcomm AI Orchestrator, Teknologi AI Lebih Pintar Dan Responsif

Ciri utama AI Orchestrator

  • Faham niat pengguna, dengan menggunakan konteks seperti makanan kegemaran, rutin senaman, dan sejarah keutamaan anda, AI ini dapat memberikan respons yang disesuaikan dan relevan.
  • Sokongan multimodal sama ada interaksi melalui teks, visual, atau suara, AI Orchestrator dapat memahami niat pengguna dengan lebih baik melalui pelbagai cara interaksi ini.
  • Penjanaan AI diperkuatkan dengan data lokal yang menggunakan teknologi retrieval-augmented generation (RAG) untuk menjana maklumat berdasarkan data yang disimpan dalam peranti seperti dokumen dan imej, menjadikan peranti lebih pintar dan responsif.

Bayangkan memulakan hari dengan pelbagai notifikasi. AI ini boleh menyusun notifikasi penting dan secara automatik menguruskan tempahan makan malam bersama keluarga anda tanpa perlu campur tangan langsung.

Qualcomm AI Orchestrator juga menyokong integrasi antara peranti, memastikan pengalaman AI yang lancar antara telefon, komputer, dan kereta dengan pengalaman AI yang lebih peribadi, selamat, dan cekap.

Berkaitan

  • Cara Nak Jimat Beli Barang Elektronik Di Shopee
  • Skrin Siri Samsung Galaxy S25 Dikhabarkan Lebih Cantik Dan Jelas
  • Menteri Indonesia Jelaskan Sebab iPhone 16 Belum Dijual Di Negara Itu
  • MSI: Siri Papan Induk Z890 Berikan Kecekapan AI Lebih Tinggi Berbanding Generasi Terdahulu
  • Siri Intel Core Ultra 200S Dilancar, Harga Bermula ~RM1,260

Sumber : Siaran media Qualcomm

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY