Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
antutu april 2020

Ini Adalah 10 Model Telefon Pintar Flagship Dan Pertengahan Dengan Prestasi Terbaik Bagi April 2020 Berdasarkan Antutu Benchmark

Diterbitkan Mei 16, 2020 · Dikemas kini Mei 16, 2020 oleh ariff bukhari

Laman Antutu benchmark telah mengeluarkan senarai baru telefon pintar flagship dan pertengahan dengan prestasi terbaik bagi bulan April 2020.

Berdasarkan kepada data terkumpul dari 1 April hingga 30 April, 10 model peranti Android telah disenaraikan sebagai berprestasi tinggi oleh Antutu.

Berikut adalah 10 telefon pintar Android flagship yang memperoleh skor prestasi tertinggi bagi setakat bulan April 2020.

Ini Adalah 10 Model Telefon Pintar Flagship Dan Pertengahan Dengan Prestasi Terbaik Bagi April 2020 Berdasarkan Antutu Benchmark
Sumber: Antutu

Daripada senarai tersebut didapati, ROG Phone 2 yang sebelum ini kekal mengungguli tangga pertama pada sepanjang bulan Februari lepas, telah jatuh ke tangga ke-6.

Kedudukan teratas kini diungguli oleh telefon pintardari Xiaomi iaitu Mi 10 Pro yang memperoleh skor purata tertinggi sebanyak 593,769.

xiaomiMI-10-Pro (1)
Xiaomi Mi 10 Pro hanya ditawarkan dalam satu konfigurasi sahaja iaitu 8GB RAM dan storan berkapasiti 256GB.

Xiaomi Malaysia telah pun membawa masuk secara rasmi Mi 10 Pro pada April lalu yang berharga RM3,899.00.

Selain model flagship, Antutu turut menyenaraikan 10 model telefon pintar dengan prestasi terbaik bagi kategori pertengahan untuk bulan April.

Berikut adalah 10 telefon pintar Android dengan prestasi terbaik bagi model pertengahan setakat bulan April 2020.

Ini Adalah 10 Model Telefon Pintar Flagship Dan Pertengahan Dengan Prestasi Terbaik Bagi April 2020 Berdasarkan Antutu Benchmark
Sumber: Antutu

Bagi model pertengahan, model telefon pintar dari Huawei iaitu Nova 7i mengungguli carta teratas Antutu dengan memperoleh skor prestasi purata  tertinggi 308,853.

Sekaligus merampas kedudukan Redmi Note 8 Pro yang ditangga pertama pada bulan Februari lalu.

Huawei Nova 7i telah pun dijual secara rasmi di Malaysia pada harga RM1,099.00 sejak pertengahan Februari lalu.

Huawei Malaysia Membuka Pra-Tempahan Nova 7i Pada Harga RM1099
Huawei Nova 7i ditawarkan dalam 3 pilihan warna menarik iaitu Crush Green, Sakura Pink, dan Midnight Black.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
©2026 WISER.MY