Melalui data yang dikumpul dari 1 Februari sehingga 29 Februari, sebanyak 10 model peranti telah disenaraikan sebagai berprestasi tinggi.
Senarai ini dibahagikan kepada dua kelas iaitu flagship dan pertengahan. Nilai yang diberikan adalah skor purata yang diperoleh sepanjang tempoh sebulan pengumpulan data dijalankan.
Sepanjang Februari lepas, ROG Phone 2 kekal mengungguli tangga pertama dengan skor purata 507,284. Peranti ini dikuasakan oleh Snapdragon 855+.
Di tangga kedua dan ketiga pula diduduki OnePlus 7T dan realme X2 Pro yang mana masing-masing turut dilengkapi Snapdragon 855+.
Tiada peranti Snapdragon 865 didalam senarai bulan lalu dimana ia akan membuat kemunculan untuk bulan Mac ini.
Bagi kelas pertengahan pula, tidak banyak perubahan berlaku dimana Redmi Note 8 Pro masih berada ditangga teratas. Peranti dengan MediaTek Helio G90T ini memperoleh skor purata 291,733.
Berada dibawahnya adalah Galaxy A71 yang merupakan peranti terbaru keluaran Samsung. Menggunapakai Snapdragon 730, kemampuan cip ini untuk kelas pertengahan bukan sesuatu yang memeranjatkan. Tangga keempat turut memperlihatkan peranti dengan cip sama melalui model Mi 9T.
Bagi carta Februari 2020 kelas pertengahan, cip Qualcomm mendominasi senarai dengan hanya dua sahaja cip lain iaitu MediaTek dan Exynos.
Sumber: Antutu
Berkaitan
- Android Q Versi Beta Kini Sedia Dinikmati Oleh 21 Peranti Termasuk Asus ZenFone 5Z, Huawei Mate 20 Pro Dan Mi 9
- Asus ZenFone Max M2 Dan Max Pro M2 Mula Terima Kemaskini Penambahbaikan Kamera
- Black Shark 3 Sah Akan Dilengkapi Port Pengecasan Magnetik Dan Bateri 4720mAh
- [Video] Lihat Bagaimana Mereka Cuba "Memusnahkan" Nokia 3310 Versi 2017
- Apple iMac 2017 Sudah Mula Ditawarkan Di Malaysia
- 10 Aplikasi iPhone Paling Popular Sepanjang Masa
- Samsung Galaxy Watch Active 2 Diumumkan Dengan Ciri Kawalan Pada Bezel Dan LTE
- ASUS Dan Tencent Games Umum Kerjasama Untuk ROG Phone Keluaran Akan Datang
- Pra-Tempah Siri OPPO Find X2 Pro Dibuka Hari Ini
- Vivo Nex 3 Mungkin Dilengkapi SuperFlash Charge 120W