Ikuti kami di media sosial

Berita

Huawei Nova 7i Rasmi Untuk Pasaran Malaysia – Kirin 810, Kuad Kamera Dan Bateri 4200mAh

Avatar

Ditulis

pada

Sebelum ini Huawei Malaysia telah mengumumkan pra-tempahan untuk peranti Huawei Nova 7i sebelum ketibaannya secara rasmi pada 14 Februari. Jadi tarikh tersebut telah tiba dan peranti ini telah selamat mendarat di pasaran tempatan.

Peranti ini sebenarnya sama sahaja dengan model Huawei Nova 6 SE yang telah dilancarkan di China beberapa bulan lalu. Untuk pasaran Malaysia ia hanya bertukar nama sahaja. Bermula dengan paparan ia mempunyai skrin bersaiz 6.4 inci dengan panel LCD. Dengan saiz skrin tersebut, peranti tersebut mempunyai 398 PPI dengan resolusi FullHD+.

Untuk kamera belakang ia mempunyai 4 lensa dengan 48MP (f/1.8) utama + 8MP (f/2.4) ultralebar + 2MP (f/2.4) makro + 2MP (f/2.4) depth. Kamera belakang disusun secara kemas dalam satu modul petak. Manakala untuk rakaman video pula ia hanya menyokong pada tetapan 1080p 30fps sahaja.

Kamera swafoto diletakkan dalam skrin dengan rekaan berlubang. Ia bersaiz 16MP dengan aperture f/2.0.

Nova 7i dijana oleh cip kelas pertengahan Kirin 810 dengan RAM 8GB dan 128GB storan dalaman berasaskan UFS 2.1. Terdapat juga penambahan ruangan melalui kad NM Huawei sehingga 256GB. GPU pula menggunakan Mali-G52 MP6 dari ARM. Peranti menjalankan EMUI 10.0.1 yang berasaskan Android 10. Peranti ini dimuatkan dengan Huawei Mobile Services dan bukannya servis Google. Fungsi lain termasuklah terdapat pengimbas cap jari pada bahagian sisi, Bluetooth 5.0 serta bicu audio 3.5mm.

Melengkapkan peranti adalah bateri bersaiz 4,200mAh. Ia menyokong pengecasan pantas 40W Huawei SuperCharge dan dicas menggunakan USB Type-C.

Huawei Nova 7i dijual secara rasmi di Malaysia dengan harga RM1,099 dalam 3 pilihan warna iaitu Crush Green, Sakura Pink, dan Midnight Black. Jika anda pra-tempah peranti ini bermula 14 Februari, anda akan mendapat Huawei Band 4 secara percuma.

Sumber: Huawei Nova 7i

 

Advertisement
Apa Komen Anda

Tinggalkan Pandangan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Berita

Huawei Mate XS Akan DIlancarkan Secara Atas Talian 24 Februari Ini

Syifa' Syakinah

Ditulis

pada

huawei

Sama seperti sub-jenama nya iaitu HONOR, Huawei juga akan melakukan pelancaran secara atas talian pada 24 Februari ini. Pelancaran yang akan dilakukan di Barcelona itu, akan memperkenalkan beberapa produk baru keluarannya.

Ia ini akan diadakan secara langsung di platform Youtube dan Facebook pada jam 9 malam.

Ura-ura mengatakan, Huawei Mate XS akan dilancarkan pada acara itu nanti. Model terbaru bagi telefon pintar boleh lipat tersebut, dijangka akan dikuasakan oleh cip pemprosesan Kirin 990 yang menyokong sambungan rangkaian 5G. Ia juga akan dilengkapi dengan peranti pengecasan pantas yang berkuasa lebih besar iaitu 65W.

Setakat ini, tiada maklumat lebih lanjut mengenai peranti lain yang akan dilancarkan pada acara itu nanti.

 

 

 

 

Teruskan Bacaan

Berita

TM Kini Membuka Peluang Kerjaya Dalam Bidang 5G Di Malaysia

Avatar

Ditulis

pada

Rangkaian 5G di Malaysia dijangka akan dikomersilkan pada suku ketiga tahun ini. Sehubungan dengan itu, syarikat Telekom Malaysia (TM) telah pun membuka peluang kerjaya dalam bidang rangkaian dan teknologi tersebut.

Melalui portal rasmi TM dan juga laman rasmi Facebook TM Group, TM sedang mencari 29 calon untuk mengisi posisi jawatan kosong melalui bidang-bidang yang ditawarkan. Antara posisi yang ditawarkan adalah:

  • Pengurusan Teknologi Mudah Alih (Mobile Technology Management
  • Penyelesaian Reka Bentuk Mudah Alih (Mobile Architecture Solutions)
  • Pemerolehan Tapak Mudah Alih (Mobile Site Acquisition)
  • Perancangan Rangkaian Teras Mudah Alih (Mobile Core Network Planning)
  • Perancangan Rangkaian Akses Radio (Radio Access Network (RAN) Planning)
  • Perancangan Protokol Internet (IP) & Pengangkutan Mudah Alih (Mobile IP & Transport Planning)
  • Integrasi Perniagaan Mudah Alih (Mobile Business Integration)

 

Untuk memohon, anda boleh layari portal TM Career. Tarikh tutup permohonan adalah pada 6 Mac 2020 ini. Dan hanya calon yang terpilih sahaja akan dihubungi. Jadi jika ada rakan-rakan dan ahli keluarga yang berminat, boleh cuba memohon dengan segera.

Segala maklumat dan butiran yang lebih lanjut. sila layari laman TM Career.

Sumber: TM Career, TM Group

 

Teruskan Bacaan

Berita

Xiaomi Patenkan Rekaan Kad SIM Yang Juga Boleh Berfungsi Sebagai Ruangan Storan

Avatar

Ditulis

pada

Konsep menyatukan kad SIM dan ruangan memori sebelum ini pernah diperkenalkan oleh syarikat Ziguang Group. Selain dari syarikat tersebut, nampaknya Xiaomi juga turut berminat dengan teknologi ini.

Melalui sebuah paten, syarikat tersebut sedang membangunkan kad SIM yang boleh berfungsi sebagai sambungan rangkaian dan juga ruangan storan. Menariknya, kad SIM tersebut merupakan sebuah kad SIM 5G.

Melihat kepada paten tersebut, perkakas itu akan berfungsi sebagai ruangan storan pada bahagian atas, dan kad SIM pada bahagian bawahmya.

Dengan rekaan sebegini, pengeluar tidak perlu lagi menyertakan rekaan hibrid slot kad sim dan juga microSD. Secara tidak langsung ia akan menjimatkan ruangan yang terdapat dalam peranti dengan rekaan sekecil kad SIM sahaja.

Tambahan lagi, ia juga akan memudahkan pengguna untuk memindahkan data mereka ke peranti baharu hanya dengan menggunakan satu kad SIM sahaja.

Sumber: IThome

 

Teruskan Bacaan

Terbaru

Ikut Facebook Kami

Popular