Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
rekod dunia highway

Ini 5 Jenis Rekod Dunia Berkaitan Jalan Dan Lebuh Raya Yang Anda Tidak Tahu

Diterbitkan Januari 11, 2024 ยท Dikemas kini Januari 12, 2024 oleh ariff bukhari

Dunia dilingkari dengan rangkaian jalan dan lebuh raya yang cukup panjang. Malah ada yang direkodkan dalam rekod Dunia Guinness untuk pelbagai kategori yang cukup menarik.

Jadi, di sini dikongsikan 5 jenis rekod dunia berkaitan jalan dan lebuh raya.

1. Jalan Raya Terpanjang Dengan Panel Solar Pertama Di Dunia

Pada 22 Disember 2016 dahulu, Perancis telah membuka jalan sepanjang 1 km di Tourouvre-au-Perche, Normandy yang diturap dengan 2,880 panel fotovoltan.

Dengan kos kira-kira 5 juta euro, ia dijangka membawa kira-kira 2,000 kenderaan setiap hari.

Ia merupakan jalan bagi menguji sama ada jalan berkuasa solar itu boleh membekalkan tenaga elektrik yang mencukupi untuk menyalakan lampu jalan di Tourouvre-au-Perche.

Jalan sepanjang 1km ini juga diiktiraf Rekod Dunia Guinness sebagai jalan dengan panel solar terpanjang di dunia.

2. Jalan Sehala Terpanjang

Lebuhraya Selatan M2 di Adelaide, Australia Selatan, membenarkan hanya satu arah aliran trafik pada satu-satu masa.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Kredit: Wikimedia

Jalan itu menghala ke bandar Adelaide pada waktu pagi, tetapi bertukar kepada aliran arah Selatan pada sebelah petangnya.

Ia bertujuan bagi mengurangkan kesesakan di Jalan Utama Selatan di Australia Selatan.

Mempunyai panjang keseluruhan 21 km, jalan itu yang mempunyai dua lorong dan bahu kecemasan telah diiktiraf sebagai jalan sehala terpanjang.

3. Lebuh Raya Terpanjang Di Dunia

Lebuh raya terpanjang di dunia adalah Lebuh raya Pan-Amerika yang merupakan rangkaian jalan raya yang terbentang dari Teluk Prudhoe, Alaska, ke Ushuaia, Argentina dengan memiliki jarak sekitar 48,000 kilometer (30,000 batu).

Ini 5 Jenis Rekod Dunia Berkaitan Jalan Dan Lebuh Raya Yang Anda Tidak Tahu

Pembinaannya telah bermula dalam tahun 1936 di mana rangkaian lebuh raya ini dibina secara berperingkat merentasi 14 buah negara iaitu Amerika Syarikat, Kanada, Mexico, Guatemala, El Salvador, Honduras, Nicaragua, Costa rica, Panama, Colombia, Ecuador, Peru, Chile dan Argentina.

Ini 5 Jenis Rekod Dunia Berkaitan Jalan Dan Lebuh Raya Yang Anda Tidak Tahu

4. Bulatan Terbesar

Jangan tak tahu, bulatan terbesar di dunia terletak di Putrajaya, Malaysia.

Dengan diameter 3.5 km, Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah adalah nama jalan yang membentuk bulatan ini.

Jalan itu disertai oleh 15 pintu masuk/keluar, tiga daripadanya berada di bahagian dalam bulatan itu sendiri.

Di tengah-tengah bulatan itu terdapat Istana Melawati, tempat persinggahan diraja bagi Yang Dipertuan Agong, monumen kelahiran Putrajaya, Mercu Tanda Putra Perdana dan hotel lima bintang, Putrajaya Shangri-La.

Ini 5 Jenis Rekod Dunia Berkaitan Jalan Dan Lebuh Raya Yang Anda Tidak Tahu

5. Jalan Lurus Terpanjang

Pada asalnya dibina sebagai jalan persendirian untuk Raja Fahd (SAU), laluan Lebuhraya 10 yang menghubungkan Lebuhraya 75 di kawasan Haradh ke Lebuhraya 95 di barat Arab Saudi sepanjang 240 km (149 mi) adalah jalan raya lurus terpanjang di dunia.

Ini 5 Jenis Rekod Dunia Berkaitan Jalan Dan Lebuh Raya Yang Anda Tidak Tahu

Ia merentasi padang pasir tanpa selekoh ke kiri atau kanan, atau sebarang kecerunan yang ketara ke atas atau ke bawah.

Jalan raya lurus ini mempunyai anggaran masa pemanduan sekitar 2 jam untuk sampai ke hujungnya.

Sebagai tambahan, jalan lurus terpanjang di Malaysia pula adalah “Jalan Apin-Apin Keningau” yang terletak di Sabah dengan jarak kira-kira 20km panjang lurus.

https://www.facebook.com/ItsAseanSkylines/posts/2469261710037412

Berkaitan

  • Ubah Suai Rumah Anda Dan Dapatkan TV 4K Dan 'Soundbar' Samsung Dari CelcomDigi Secara Percuma
  • Berhenti Guna, IKEA Panggil Balik Pengecas USB 40W
  • Log Masuk Aplikasi MySejahtera Kini Boleh Guna MyDigital ID

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY