Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CelcomDigi Tamatkan Perjanjian Langganan Saham Dengan DNB

Ubah Suai Rumah Anda Dan Dapatkan TV 4K Dan ‘Soundbar’ Samsung Dari CelcomDigi Secara Percuma

Diterbitkan Januari 10, 2024 · Dikemas kini Januari 10, 2024 oleh ariff bukhari

CelcomDigi hari ini mengumumkan kerjasama dengan penghias dalaman rumah, The Makeover Guys untuk menawarkan pengubahsuaian kepada ketersambungan yang terbaik kepada pelanggan mereka.

Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, pelanggan yang melibatkan The Makeover Guys & CelcomDigi untuk mengubah ruang kediaman mereka boleh mendapatkan TV Samsung 55″ 4K UHD & Samsung Soundbar bernilai RM 3,548 secara percuma.

Malah anda juga akan menikmati 6 bulan gentian rumah percuma, lengkap dengan perkhidmatan pemasangan percuma dan penghala WiFi 6.

Partnership Image in BM
Tawaran TV dan bar bunyi kedua-duanya terhad kepada 120 pendaftaran pertama.

Bagi memudahkan pengguna menikmatai tawaran ini, The Makeover Guys memperkenalkan perkhidmatan pembiayaan pengubahsuaian, eksklusif kepada pelanggan baharu menerusi The Makeover Loan.

Perkhidmatan pembiayaan pengubahsuaian eksklusif ini memungkinkan anda untuk memenuhkan rumah dengan kelengkapan berjenama pada harga serendah RM455/bulan dengan kadar faedah bermula pada 4.99% dan tempoh pinjaman sehingga 7 tahun.

Ubah Suai Rumah Anda Dan Dapatkan TV 4K Dan ‘Soundbar’ Samsung Dari CelcomDigi Secara Percuma

Sebagai alternatif, pelanggan juga boleh memilih Pelan Pembayaran Mudah (EPP) 0% sehingga 24 bulan.

Perkhidmatan ubah suai rumah dari The Makeover Guys dengan CelcomDigi ini tersedia untuk penduduk di Lembah Klang dan Johor Bahru.

Untuk info lebih lanjut tentang kolaborasi ini, layari https://fibre.celcomdigi.com/promotions/tmog.

Berkaitan

  • HUAWEI MatePad Pro 13.2 Rasmi Di Malaysia, Harga Bermula RM4,599
  • WhatsApp Kelak Bolehkan Pengguna Tukar Warna Tema Aplikasi
  • Tiada Lagi Caj Tambahan Untuk Akses 5G - Fahmi Fadzil

Suber: Siaran media CelcomDigi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Liputan ULTRA5G U Mobile Kini Menjangkau Kira-Kira 2.3 Juta Penduduk Di Sabah
  • Ini 10 Telefon Pintar Android Paling Berkuasa Dalam Ranking AnTuTu Setakat Oktober 2026
  • LUMOS Lancar 4 Model Tablet Mampu Milik, Harga Bermula RM399
  • Ledakan AI Ubah Kuasa Rundingan Pembekal Cip, Apple Kini Berdepan Kos Lebih Tinggi
  • Ladang Angin Seluas Singapura Kini Salur Elektrik Ke Vietnam
  • Google Perkenal Ikon Baharu Untuk Messages, Phone Dan Contacts
  • Lebih 1.3 Juta Set-Top Box Dijangkiti Malware, Google Sekat Salah Satu Pengeluar Peranti Android
  • Serangan Siber Ganggu Sistem Penyejukan Pasar Raya Di Sembilan Negara Eropah
©2026 WISER.MY