Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Maxis 1GBps_2

Maxis Tawar Pelan 1Gbps Dengan Harga RM189/Bulan

Diterbitkan April 13, 2023 · Dikemas kini April 13, 2023 oleh Amalina Athman

Maxis kini menawarkan pelan Maxis Business Fibre 1Gbps dengan harga RM189/bulan, yang tersedia untuk pelanggan baru di lokasi terpilih dalam tempoh yang terhad.

Berkaitan

  • Anugerah HONOR Magic Moments 2023 Kembali, Menangi RM10,000
  • Pelan Unifi 2Gbps Didedah, Akan Berharga RM459/bulan

Menurut Maxis, jika pengguna mendaftar Maxis Business Fibre dalam tempoh promosi, iaitu 30 Mac 2023 hingga 30 April 2023, mereka layak untuk menerima rebat bulanan sebanyak RM160. Seterusnya, ia menjadikan harga langganan adalah RM189/bulan, berbanding harga asal RM349/bulan.

Maxis 1Gbps_3

Dengan langganan Maxis Business Fibre 1Gbps, pelanggan akan menerima penghala (router) Wi-Fi 6, Mesh WiFi secara percuma. Pelan ini turut ditawarkan dengan perkhidmatan sandaran internet tanpa wayar dan 1 Basic Voice Line.

Selain Dynamic IP, ia juga tersedia untuk Fixed IP pada harga yang sama. Untuk Fixed IP, pelanggan akan menerima penghala Wi-Fi 6, Mesh WiFi dan 1x talian suara IP tanpa had dengan telefon DECT. 

Perlu diketahui, Maxis Business Fibre 1Gbps hanya tersedia untuk peniaga berdaftar di dalam kawasan liputan terpilih yang mempunyai infrastruktur gentian Maxis sendiri. Pendaftaran minat boleh dilakukan melalui laman rasmi Maxis Business.

Untuk maklumat lanjut mengenai pelan Maxis Business Fibre 1Gbps, layari pautan ini.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY