Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
unifi 2gbps

Pelan Unifi 2Gbps Didedah, Akan Berharga RM459/bulan

Diterbitkan April 12, 2023 · Dikemas kini April 12, 2023 oleh ariff bukhari

Sebelum ini telah dilaporkan bahawa Unifi bakal melancarkan pelan internet terpantas mereka terbaru yang mencecah kelajuan 2Gbps.

Buat masa ini secara rasminya, pihak Unifi masih lagi belum mengumumkan harga pelan internet terbaru itu.

Tetapi berdasarkan imej bocor yang dikongsikan oleh OMG Hackers di laman facebook mereka, pelan internet Unifi 1Gbps akan ditawarkan pada harga RM409/bulan.

Sementara bagi pelan Unifi 2Gbps pula, ia akan ditawarkan pada harga RM459/bulan.

Tetapi sebagai harga pengenalan, Unifi akan menawarkan Unifi 1Gbps pada harga RM349/bulan dan 2Gbps RM399.

Kedua-dua pelan ini didatangkan sekali dengan akses Disney+ hotstar dan 6 lagi aplikasi penstriman terpilih.

Unifi 1Gbps

Sebagai perbandingan, pelan 1Gbps dari Time adalah jauh lebih murah iaitu hanya RM199 untuk pelan 1Gbps dan RM379 untuk pelan 2Gbps tanpa langganan platform penstriman.

pelan Time 1Gbps

Cuma dari segi liputan ketersediaan jalur lebat tetap Unifi adalah lebih luas berbanding Time.

Pelan Unifi 1Gbps dan 2Gbps masih belum ditawarkan lagi. Tetapi anda sudah boleh mula mendaftar untuk langganan pelan Unifi tersebut di laman rasmi Unifi

Berkaitan

  • unifi Bakal Tawar Internet Fibre Berkelajuan 2Gbps
  • 7 Sebab Telefon Ini Patut Jadi Telefon Raya Anda
  • Bandai Keluarkan G-Shock Edisi Terhad 'Shin Kamen Rider'

Sumber: OMG Hackers

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY