Ini 3 Cara Paling Mudah Dan Selamat Untuk Imbas Kod QR Dari Tangkap Layar Skrin Peranti Anda

Penggunaan Kod QR sudah menjadi kebiasaan hampir untuk semua aktiviti harian seperti daftar masuk premis, akses laman sesawang, melihat menu makanan di restoran dan banyak lagi.

Mengimbas sesuatu kod QR tidak menjadi masalah bagi kebanyakkan pengguna bagi membuka sesebuah laman sesawang berkaitan.

Sebagai contoh, pengguna iPhone dan Android kini sudah boleh mengimbas kod QR terus dari aplikasi Camera app terbina dalam peranti tersebut.



Tetapi bagaimana pula untuk anda mengimbas Kod QR yang diterima melalui aplikasi permesejan atau kod QR yang anda ambil dari tangkap layar skrin peranti anda?

Jadi, cara paling mudah dan selamat untuk mengimbas kod QR dari peranti yang diterima melalui mesej atau tangkap layar skrin peranti anda adalah dengan menggunakan aplikasi rasmi dari Google iaitu Google Lens app.



Apabila aplikasi Google Lense dibuka, ia turut akan mengakses gambar-gambar yang terdapat di dalam peranti (selepas dibenarkan pengguna).

Jadi, anda boleh memilih imej kod QR yang disimpan dalam peranti untuk diimbas oleh Google Lens. Aplikasi ini secara automatik akan mengesan kod QR tersebut untuk diimbas.

Satu lagi cara yang boleh anda gunakan adalah dengan menggunakan aplikasi Google Photos.

Apabila aplikasi Google Photos dibuka, anda pilih imej kod QR yang ada dalam peranti.

Kemudian, tap pada ikon Lens seperti rajah di bawah untuk mengimbas kod QR tersebut.



Melalui cara ini, walaupun peranti anda tiada dipasang dengan aplikasi Google Lens, tetapi ia secara automatik akan menggunakan ciri Google Lens dari aplikasi Google Photos.

Satu lagi cara yang boleh anda gunakan bagi mengimbas imej kod QR yang ada dalam peranti mahupun komputer anda adalah menerusi laman sesawang percuma https://webqr.com.

 



Menerusi laman sesawang ini, anda boleh mengimbas sebarang kod QR terus dari aplikasi pelayar dari peranti walaupun peranti anda tiada sebarang aplikasi pengimbas kod QR.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.

Baca juga: