Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Infrastruktur Telekomunikasi Rosak, Syarikat Pemaju Didenda RM60,000

Infrastruktur Telekomunikasi Rosak, Syarikat Pemaju Didenda RM60,000

Diterbitkan Mei 16, 2024 · Dikemas kini Mei 16, 2024 oleh Amalina Athman

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan sebuah syarikat pemaju didenda RM60,000 kerana telah merosakkan kemudahan rangkaian milik Telekom Malaysia Berhad (TM).

Berkaitan

  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Guna Kelengkapan Komunikasi Tidak Diperakui, Usahawan Didenda RM80,000

Syarikat itu, Monarch Lodge Development Sdn Bhd didakwa atas kesalahan secara sengaja mengorek tanah dan telah merosakkan kemudahan rangkaian iaitu sesalur 9 laluan dan 6 laluan milik TM di Kilometer 8.2, Jalan Seremban-Port Dickson, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Menurut MCMC, hasil siasatan mendapati kerosakan kepada kemudahan rangkaian TM itu berpunca daripada kerja-kerja pengorekan yang dilakukan oleh syarikat pemaju tersebut berkaitan projek pembangunan Bandar Pelancongan Kota Lukut di Port Dickson.

Akibat kerosakan kepada kemudahan rangkaian TM tersebut, ia telah menjejaskan perkhidmatan kepada pengguna TM di sekitar kawasan itu.

Lanjutan itu, MCMC mengingatkan setiap syarikat pemaju yang menjalankan kerja pembinaan untuk menitikberatkan langkah-langkah keselamatan seperti yang terkandung di bawah Garis Panduan Pengalihan dan Pemasangan Semula Utiliti Dalam Pelaksanaan Program dan Projek Kerajaan.

Selain itu, MCMC juga menyarankan agar pihak kontraktor mahupun syarikat pemaju menggunakan medium ‘Call Before You Dig (CBYD)’ bagi tujuan kerja-kerja pembinaan yang hendak dijalankan apabila melibatkan kemudahan rangkaian. Melalui inisiatif ini, kadar kemungkinan kerosakan ke atas kemudahan rangkaian dan gangguan perkhidmatan dapat dikurangkan kepada tahap yang lebih minimum.

Sumber: MCMC

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY