Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Digital Textbook

Korea Selatan Akan Perkenal Buku Teks Digital AI Mulai 2025

Diterbitkan Jun 9, 2023 ยท Dikemas kini Jun 9, 2023 oleh Amalina Athman

Korea Selatan dilapor akan memperkenal buku teks digital dengan janaan AI di sekolah rendah dan menengah, bermula 2025. Langkah tersebut adalah sebagai respon kepada peningkatan keperluan untuk kandungan pembelajaran yang pelbagai.

Berkaitan

  • Bluetooth Sambungkan Otak Dan Tulang Belakang, Lelaki Lumpuh Kembali Berjalan
  • Malaysia Dalam Senarai 10 Negara Miliki Capaian Internet Paling Konsisten Di Dunia - Ookla

Menurut Kementerian Pendidikan Korea Selatan, ia merupakan sebahagian daripada inovasi pendidikan digital untuk menawarkan kandungan pembelajaran yang pelbagai melalui dunia maya dan teknologi AI.

Penggunaan buku teks digital ini juga dijangka membolehkan pembelajaran disesuaikan mengikut tahap pembelajaran yang berbeza bagi setiap pelajar.

Untuk fasa permulaan, buku teks berkenaan akan digunakan bagi subjek matematik, bahasa Inggeris dan informatik, mulai 2025. Seterusnya, ia akan diperluas bagi semua mata pelajaran lain termasuk bahasa Korea, sosial, sains dan teknologi, ekonomi rumah tangga serta sejarah.

Bagaimanapun, subjek berasaskan aktiviti, seperti muzik, seni dan pendidikan jasmani, serta etika akan terkecuali, di mana pendidikan bersemuka lebih penting untuk pembudayaan kemanusiaan.

Sebagai tambahan, buku teks sedia ada tidak akan dimansuhkan sepenuhnya. Sebaliknya, ia akan terus digunakan bersama buku teks digital sehingga semua pelajar, ibu bapa dan guru dapat menyesuaikan buku teks digital AI dengan mahir dan mencapai tahap pendidikan yang diingini.

Sumber: The Korea Times

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MyDigital ID Nafi Guna Teknologi Blockchain Pihak Ketiga
  • HONOR 600S 5G Kini Dijual Di Malaysia, Bateri 8,100mAh Pada Harga RM1,299
  • CMF Perkenal Speaker S Dan Speaker M, Bateri Sehingga 18 Jam
  • COROS PACE 4 Pro Dilancar 21 Oktober Ini, Skrin Lebih Besar, Bateri Tahan Lama
  • Pengguna Nothing Mula Terima Kemas Kini Nothing OS 5.0
  • Pengguna WhatsApp Kelak Boleh Kongsi, Cipta 'Sticker' Berbunyi
  • Microsoft Perkenal Maia 300 Dengan Memori HBM4 288GB
  • Microsoft Mula Guna Cip AI Sendiri Dalam Pusat Data, Perlu Tenaga Setara Beberapa Loji Nuklear
©2026 WISER.MY