Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Infinix XPAD 30 Pro

Infinix XPAD 30 Pro, Tablet Android Mampu Milik Terbaru Hanya Dari ~RM792

Diterbitkan September 8, 2026 · Dikemas kini September 8, 2026 oleh ariff bukhari

Infinix hari ini melancarkan XPAD 30 Pro di peringkat global sebagai tablet pintar serba boleh yang menyasarkan pelajar universiti dan golongan profesional muda.

Peranti ini direka untuk meningkatkan pembelajaran, produktiviti mudah alih, serta hiburan pada harga mampu milik.

Dari segi prestasi, ia menggunakan cip MediaTek Helio G200 Ultimate 6 nm, bateri 8,200 mAh dengan pengecasan pantas 18 W, serta tersedia mod permainan Esports Mode.

Infinix XPAD 30 Pro 2
XPAD 30 Pro dilengkapi skrin 11 inci 2.5K dengan nisbah skrin 85%, kecerahan 550 nit, serta audio DTS 3D.

XPAD 30 Pro hadir dengan pelbagai ciri berasaskan kecerdasan buatan (AI) seperti Snap for Answers yang membantu pelajar menyelesaikan kerja rumah langkah demi langkah, manakala AI Screen Recognition membolehkan carian segera dengan gerak isyarat.

Selain itu, AI Notes menukar tulisan tangan dan lakaran kepada nota digital, serta Translation Assistant dan AI Scan to Document memudahkan terjemahan dan pengurusan dokumen.

Dari segi produktiviti, tablet ini menyokong ekosistem rentas peranti dengan Desktop Expansion dan Three-Screen Workflow.

Ia turut menawarkan akses kepada lebih 140,000 sumber pendidikan percuma.

Infinix XPAD 30 Pro 1
Infinix XPAD 30 Pro turut menyokong aksesori seperti X Pencil 20 dengan fungsi pemadam, serta X KeyBoard 11 dengan hayat bateri sehingga 3,000 jam.

XPAD 30 Pro yang menjalankan XOS 16 berasaskan Android 16 menawarkan Extended RAM sehingga 16 GB dan storan 256 GB, serta menyokong pengembangan storan menerusi slot kad microSD sehingga 2 TB.

Dengan harga bermula AS$196 (~RM792) sahaja, Infinix XPAD 30 Pro yang  tersedia dalam pilihan warna Twilight Purple, Anthracite Grey dan Titanium Silver,  menawarkan gabungan AI, hiburan dan prestasi untuk generasi muda.

Berkaitan

  • Infinix GT 50 Pro Kini Rasmi, Harga Bermula RM1,899
  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • HOT 70, Telefon Mampu Milik Terbaru Infinix Berharga Serendah RM649

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY