Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
infinix HOT 70

HOT 70, Telefon Mampu Milik Terbaru Infinix Berharga Serendah RM649

Diterbitkan Jun 5, 2026 oleh ariff bukhari

Infinix memperkenalkan HOT 70 di Malaysia pada harga RM649, sekali gus menjadikannya telefon pintar Android mampu milik terkini di pasaran tempatan.

Telefon ini hadir dengan kemasan Baby-Smooth yang tahan cap jari serta edisi Green Texture berinspirasikan corak daun berlapis dengan menampilkan reka bentuk baharu Dynamic Shine Design yang menyerlahkan gaya dan personaliti pengguna muda.

infinix HOT 70 1

Dikuasakan oleh cip Helio G100 Ultimate, HOT 70 menawarkan prestasi lancar selama 72 bulan, disertai bateri 6000mAh dan pengecasan pantas 45W Lightning FastCharge untuk penggunaan sepanjang hari.

Infinix HOT 70 Infographic

Reka bentuk tahan lasak dengan IP65 dan pensijilan SGS 5-Star Drop Resistance memastikan ketahanan maksimum.

Butang One-Tap AI pula membolehkan pengguna mengakses fungsi pintar dengan pantas seperti FlashMemo dan Folax AI dengan satu sentuhan.

Infinix – Google AI Plus
HOT 70 turut disertakan langganan Google AI Plus selama tiga bulan percuma.

Pada harga serendah RM649, HOT 70 tersedia dalam varian RAM 6GB+ storan 128GB dengan pilihan warna Hitam, perak dan Hijau.

Ia kini tersedia dibeli dari stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.me/clnidk0
  • Lazada – https://invl.me/clnidk4

Infinix HOT 70 KV

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • HUAWEI nova 15 Max Kini Tiba Di Malaysia - Bateri 8,500mAh, Harga RM1,699
  • Harga Honor Magic V6 Rasmi Bermula RM7,699, Telefon Lipat Android Pertama Mesra Ekosistem Apple

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY