Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
infinix xpad 20

Infinix XPAD 20 Akan Hadir 8 Julai – Skrin FHD+, Pembantu Pintar Berasaskan DeepSeek-R1

Diterbitkan Julai 1, 2025 oleh Amsyar Latif

Infinix akan melancarkan tablet terbarunya, XPAD 20, pada 8 Julai ini, direka khusus untuk pengguna muda yang aktif dengan gabungan paparan imersif, ciri AI pintar, dan sambungan 4G LTE dalam satu pakej mampu milik.

Dikuasakan oleh Infinix AI, tablet ini menawarkan pembantu suara pintar berasaskan DeepSeek-R1 yang membolehkan pengguna mengurus tugasan secara hands-free.

Ciri AI Screen Recognition pula membolehkan pengguna mengekstrak serta berinteraksi terus dengan kandungan di skrin, memudahkan proses pembelajaran dan pencatatan nota, manakala AI Translation menyokong terjemahan masa nyata dalam pelbagai bahasa.

XPAD 20 dilengkapi dengan paparan 11-inci Full HD+ (resolusi 1200×1920) dengan kadar segar semula 90Hz untuk pengalaman visual yang lancar dan jelas, serta pensijilan TÜV Rheinland Eye Comfort yang mengurangkan pendedahan cahaya biru untuk penggunaan jangka masa panjang.

Dengan sambungan 4G LTE, slot dwi-SIM, dan tablet ini juga hadir dengan sokongan storan tambahan sehingga 1TB melalui kad microSD.

Untuk maklumat lanjut, kita perlu tunggu pelancarannya nanti.

Berkaitan

  • Infinix GT 30 Pro Kini Di Malaysia Dengan Skrin 144Hz, RAM 12GB, Harga Bermula RM1,299
  • Cincin Pintar Pertama Infinix Kini Di Malaysia Pada Harga RM499
  • 'Laptop' Mahal Sangat? Tablet Ni Dah Lebih Dari Cukup

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
©2026 WISER.MY