Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Buat Pusingan U, Tak Jadi Buang ‘Cookies’ Pihak Ketiga Dalam Chrome

Google Buat Pusingan U, Tak Jadi Buang ‘Cookies’ Pihak Ketiga Dalam Chrome

Diterbitkan Julai 23, 2024 · Dikemas kini Julai 23, 2024 oleh Amalina Athman

Google telah membatalkan rancangannya untuk menghentikan penggunaan cookies atau kuki pihak ketiga dalam Chrome, setelah bertahun-tahun ingin melakukan sedemikian.

Sebaliknya, syarikat itu berkata akan memperkenalkan pengalaman baharu dalam Chrome, membolehkan pengguna membuat pilihan termaklum yang terpakai di seluruh pelayar web serta mengubah pilihan pada bila-bila masa.

Untuk makluman, kuki pihak ketiga merupakan paket data yang membolehkan laman web dan pengiklan mengenal pasti pelayar web individu serta menjejak tabiat dan minat pengguna. Akan tetapi, ia juga boleh digunakan untuk pengawasan yang tidak diingini.

Google mula menghapuskan kuki pihak ketiga secara berperingkat pada suku pertama 2024. Untuk menggantikan kuki pihak ketiga, Google memperkenalkan Privacy Sandbox, yang sepatutnya menjadi lebih baik untuk privasi pengguna Chrome.

Kini, syarikat itu tidak lagi mempunyai rancangan sedemikian setelah mengambil kira peralihan tersebut memerlukan kerja-kerja penting dan akan memberi kesan kepada penerbit, pengiklan dan pihak yang terlibat dalam pengiklanan dalam talian.

Walaupun begitu, Google berkata pihaknya akan terus menyediakan API Privacy Sandbox. Syarikat itu juga merancang untuk menawarkan kawalan privasi tambahan, seperti Perlindungan IP yang akan ditambah dalam mod Incognito Chrome.

Berkaitan

  • Google Akan Mematikan Kuki Untuk 30 Juta Pengguna Chrome Pada 4 Januari 2024
  • Waspada Amaran Ralat Palsu Google Chrome, Word Dan OneDrive Ini, Perdaya Pengguna Laksana Skrip Berniat Jahat

Sumber: Google Privacy Sandbox

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY