Padang pasir paling kering di dunia, Gurun Atacama kini menyaksikan tumbuh-tumbuhan telah mula mekar pada pertengahan musim sejuk buat kali pertama dalam satu dekad.
Meliputi sebahagian gurun itu dalam warna putih dan ungu.
Penyelidik mendedahkan bahawa salah satu sebab di sebalik peristiwa yang tidak disengajakan itu mungkin berpunca daripada perubahan iklim Bumi yang memberi kesan ke atas kawasan tersebut.
Tumbuh-tumbuhan di padang pasir Atacama mekar adalah sesuatu yang baharu, tambahan pula di tengah-tengah musim sejuk.
Pada pertengahan April lalu, kira-kira 0.4 inci (11 milimeter) hujan telah turun, digabungkan dengan kabus pagi yang dipanggil penduduk tempatan sebagai “camanchaca,” untuk merangsang tumbuh-tumbuhan yang boleh kekal tidak aktif sehingga 15 tahun.
Spesies yang memenuhi landskap padang pasir itu adalah “pata de guanaco” bunga berwarna fuchsia terang dan putih.

Kawasan utama yang dipenuhi bunga itu meliputi kawasan seluas 115 dan 155 batu persegi.
Ia disahkan oleh César Pizarro, ketua seksyen Pemuliharaan Biodiversiti dan Penyelidikan Saintifik di Perbadanan Perhutanan Negara (Conaf) di Atacama.
Biasanya, padang pasir berbunga penuh (kebanyakannya berlaku dari September hingga Oktober) kerana hujan pada musim sejuk boleh menjangkau sehingga 5,800 batu persegi, di mana sekitar 200 spesies bunga mekar boleh ditemui dalam kawasan tersebut.
Kebanyakan bunga mekar semasa musim bunga dan ketika dalam bulan Jun, Julai, dan Ogos.
Keadaan ini berlaku kerana kesan El Nino – yang menyebabkan peningkatan hujan di Chile melebihi purata.
Perubahan iklim boleh menyebabkan peristiwa yang jarang berlaku seperti bunga mekar boleh berlaku yang bermakna tumbuhan tahunan kebanyakannya tidak membiak.
Gurun Atacama dikenali sebagai salah satu tempat paling kering di dunia, dan ia mengalami “padang pasir berbunga” yang merupakan peristiwa yang sangat jarang dan menakjubkan.
Bunga-bunga yang mekar itu merombak landskap tandus menjadi kanvas berwarna-warni, sekali gus menarik pelancong dan ahli botani di seluruh dunia datang ke sana.
{suggest}
Sumber: Live Science