Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
NOTE Edge KV

Infinix NOTE Edge Bakal Dilancarkan Awal Bulan Depan

Diterbitkan Januari 26, 2026 · Dikemas kini Februari 4, 2026 oleh Amalina Athman

Infinix akan memperkenalkan model terbaharu, NOTE Edge, pada 4 Februari 2026.

Infinix NOTE Edge menampilkan skrin melengkung 6.78-inci AMOLED dengan resolusi FHD+ dan sokongan kadar segar semula 120Hz, serta dijana cip pemproses MediaTek Dimensity 7100 5G.

Dengan kapasiti bateri 6,500mAh, Infinix mengatakan peranti ini direka untuk mengekalkan kapasiti lebih 80% selepas 2,000 kitaran pengecasan penuh atau bersamaan lebih enam tahun bagi penggunaan harian, dan menggunakan teknologi self-healing untuk membaiki kerosakan mikro secara automatik.

Spesifikasi lain, termasuk ciri kamera, storan dan harga jualan, hanya akan diumumkan semasa pelancaran rasmi pada awal bulan depan.

NOTE Edge KV

Bagi meraikan pelancaran Infinix NOTE Edge, Infinix akan menganjurkan jualan pelancaran eksklusif NOTE Edge secara langsung di TikTok pada 4 Februari 2026 dari pukul 8:00 malam hingga 12:00 tengah malam.

Penonton berpeluang menyertai promosi khas, termasuk hadiah Beg Sampul Edisi Terhad, diskaun eksklusif siaran langsung serta ganjaran pembelian. Pelanggan yang membeli NOTE Edge semasa siaran langsung juga akan menerima botol air percuma, dan mungkin menjadi antara yang bertuah untuk menerima Kotak Hadiah NOTE eksklusif bernilai RM599.

Maklumat lanjut mengenai Infinix NOTE Edge boleh dirujuk melalui laman web Infinix Malaysia serta akaun rasmi di Facebook, Instagram dan TikTok.

Berkaitan

  • Telefon 'Gaming' Infinix Kini Jadi Pilihan Pengguna Di Malaysia, Indonesia Dan Filipina
  • Infinix Lancar XPAD Edge Dengan Harga RM1299
  • Skrin Tak Silau, Stylus Lebih Pintar, Kenapa HUAWEI MatePad 12 X 2026 Rasa Berbeza
  • Infinix NOTE 60 Bakal Sokong Panggilan Satelit Global

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY