Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
photo_2025-03-20 16.28.23

Infinix Lancar Siri Note 50, Boleh Pantau Kadar Jantung & Oksigen Darah Guna Telefon

Diterbitkan Mac 21, 2025 · Dikemas kini Mac 21, 2025 oleh Amsyar Latif

Infinix kini memperkenalkan Infinix AI∞ Beta Plan bersama pelancaran siri NOTE 50 dan ekosistem AIoT, menandakan langkah besar dalam era AI-powered Gen Beta.

Berkonsepkan “Welcome to Gen Beta”, Infinix mengajak generasi muda meneroka teknologi AI yang inovatif, mengintegrasikan AI ke dalam kehidupan harian, kreativiti, dan hiburan.

photo_2025-03-20 16.28.22

AI∞ dalam Gaming, kreativiti & komunikasi

  • Gaming: XBoost AI Gaming Engine mempercepat dialog, auto-collect gear, dan menyesuaikan kawalan permainan. Magic Voice Changer menambah elemen seronok dengan mod suara unik.
  • Kreativiti: AI Eraser, AI Cutout & AI Wallpaper Generator memudahkan penyuntingan gambar, manakala AI Writing & AI Note membantu penghasilan kandungan kreatif.
  • Komunikasi: Real-time Call Translator, AI Auto Answer, dan Speech Enhancement memastikan panggilan lebih lancar dan jelas.

Siri Infinix NOTE 50 merupakan telefon AI pertama dengan One-Tap Infinix AI∞, yang menyatukan bantuan pintar dan alat kreatif dalam satu sentuhan. NOTE 50 Pro+ 5G dan NOTE 50 Pro hadir dengan pemantauan kadar jantung dan oksigen darah, menggunakan sensor terbina tanpa memerlukan peranti tambahan.

photo_2025-03-20 16.28.20
Spesifikasi Note 50 Pro+ 5G

Telefon ini direka dengan ArmorAlloy metal, menggunakan teknologi HyperCasting untuk ketahanan optimum dan penyejukan lebih baik. Kamera periskop 100X dengan 6X lossless zoom, serta bateri 5200mAh dengan pengecasan 100W berwayar & 50W wayarles.

Buat masa sekarang, belum diketahui harga dan ketersediaannya di Malaysia.

AIoT: Ekosistem AI Infinix

Infinix Lancar Siri Note 50, Boleh Pantau Kadar Jantung & Oksigen Darah Guna Telefon

Bukan itu sahaja, Infinix juga memperluaskan inovasi AI ke produk lain seperti AI Ring, AI Buds, AI Glasses, dan AI Blind Box Figures.

  • AI Ring: Gabungan fesyen & teknologi dengan pemantauan kesihatan pintar.
  • AI Buds: Menyokong 162 bahasa dengan ANC hibrid untuk pengalaman audio premium.
  • AI Glasses: Audio terbuka berkualiti tinggi dengan terjemahan masa nyata.
  • AI Blind Box: Koleksi figura AI interaktif dengan keperibadian unik.

Infinix meraikan era Gen Beta dengan pelancaran pertama dalam format skrin menegak, disiarkan secara langsung di TikTok, Facebook & Instagram. Dengan kemas kini XOS dan AI∞ setiap bulan, pengguna akan terus menikmati pengalaman AI yang terkini dan pintar.

Infinix merancang untuk melancarkan AI Ring Pro, AI Glasses, dan AI Blind Box dalam Q2 dan Q3 2025, dengan ciri tambahan akan diperkenalkan sepanjang tahun.

Berkaitan

  • Infinix GT 20 Pro Ada Varian Baharu, Harga RM1,149
  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Peranti Infinix Kini Diintegrasi Dengan AI DeepSeek-R1
  • Bukan Sekadar Telefon Lipat, Infinix ZERO Mini Tri-Fold Bawa Konsep Baharu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY