Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
GT 30 KV with Price

Infinix GT 30 Kini Di Malaysia, Harga RM1099

Diterbitkan September 11, 2025 · Dikemas kini September 11, 2025 oleh Amalina Athman

Infinix hari ini melancarkan GT 30, model terbaharu dalam siri GT untuk pasaran Malaysia.

GT 30 hadir dengan paparan 6.78-inci AMOLED 144Hz dengan resolusi 1.5K, kecerahan sehingga 1,600 nit, penarafan IP64, GT Trigger, serta sistem penyejukan 3D Vapor Cloud Chamber Cooling (3DVCC) yang dibangunkan sendiri oleh Infinix.

GT 30 Colourway

Prestasinya digerakkan oleh MediaTek Dimensity 7400 5G yang dipadankan dengan 8GB RAM LPDDR5x (boleh diperluas hingga 16GB) dan storan 256GB berasaskan UFS 2.2.

GT 30 juga memperkenalkan Mechanical Light Waves, sistem pencahayaan dinamik yang bertindak balas mengikut situasi dalam permainan, selain berfungsi sebagai indikator notifikasi, muzik dan pengecasan.

Di bahagian kamera, ia dilengkapi tetapan dwi-kamera dengan 64MP utama dan 8MP ultra lebar, manakala kamera hadapan menggunakan sensor 13MP.

Bagi menghidupkan peranti, GT 30 dimuatkan kapasiti bateri 5,500mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W.

GT 30 Infographic Visual

Selain memfokuskan pada permainan, GT 30 juga disertakan Infinix AI yang menggabungkan lebih 25 ciri kecerdasan buatan (AI). Antaranya termasuk One-Tap Query, janaan teks ke imej, AI Erase, AI Extend, imej ke dokumen, AI Call Summaries, terjemahan masa nyata dua hala dan banyak lagi.

Infinix GT 30 Malaysia_

Selain mengekalkan warna Shadow Ash dari GT 30 Pro, model GT 30 turut hadir dengan dua pilihan baharu iaitu Cyber Blue dan Pulse Green.

GT 30 KV with Price

Di Malaysia, GT 30 mula ditawarkan hari ini pada harga RM1,099. Setiap pembelian turut disertakan GT Gaming Kit (MagCase + Cooling Fan) bernilai RM129, selagi stok masih ada.

Pembelian boleh dilakukan melalui pengedar sah Infinix atau kedai rasmi di Lazada, Shopee dan TikTok Shop.

Berkaitan

  • Infinix GT 30 Pro Kini Di Malaysia Dengan Skrin 144Hz, RAM 12GB, Harga Bermula RM1,299
  • Infinix XPAD 20 Kini Rasmi, Harga Bermula RM599
  • Siri Infinix HOT 60 Kini Di Malaysia, Sokong Komunikasi Tanpa Rangkaian Mudah Alih
  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY