Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
infineon kulim 3

Infineon Buka Fasa Pertama Kilang Fabrikasi SiC Di Kulim

Diterbitkan Ogos 8, 2024 oleh Amalina Athman

Infineon secara rasmi membuka fasa pertama Kulim 3 yang akan menjadi kilang fabrikasi kuasa silikon karbida (SiC) 200mm terbesar di dunia, di Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP) pada hari ini.

Fasa pertama kilang fabrikasi yang melibatkan jumlah pelaburan sebanyak €2 bilion  (~RM9.75 bilion) akan tertumpu kepada pengeluaran semikonduktor kuasa SiC, termasuk epitaksi galium nitrida (GaN).

Semikonduktor SiC telah merevolusikan aplikasi berkuasa tinggi kerana ia menukar elektrik dengan lebih cekap dan membolehkan reka bentuk yang lebih kecil. Semikonduktor SiC meningkatkan kecekapan dalam kenderaan elektrik, stesen pengecasan pantas dan kereta api serta sistem tenaga boleh diperbaharui dan pusat data AI.

Syarikat itu berkata fasa pertama bagi projek ini akan mewujudkan 900 pekerjaan bernilai tinggi. Apabila pengembangan fasa kedua dengan pelaburan €5 bilion (~RM24.37 bilion) selesai, ia akan menjadi kemudahan fabrikasi kuasa SiC 200mm terbesar dan paling cekap di dunia. Secara keseluruhan, sehingga 4,000 pekerjaan akan diwujudkan melalui projek ini.

Infineon Buka Fasa Pertama Kilang Fabrikasi SiC Di Kulim

Menurut Infineon, Kulim 3 akan dikuasakan oleh 100% elektrik hijau dan menggunakan langkah kecekapan tenaga terkini bagi menyokong matlamat neutral karbon syarikat itu.

Fasa pertama kilang baharu itu dirasmikan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama CEO Infineon Jochen Hanebeck, Menteri Besar Kedah YAB Muhammad Sanusi Md Nor serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Untuk makluman, operasi Infineon di Malaysia telah bermula seawal tahun 1973 di Melaka. Pada tahun 2006, syarikat itu membuka kilang fabrikasi pertama di Asia di Kulim. Pada masa ini, Infineon mempunyai 16,000 pekerja berkemahiran tinggi di Malaysia.

Berkaitan

  • Infineon Bakal Bina Kilang Fabrikasi SiC 200mm Terbesar Dunia Di Kulim
  • Apple Tambah Tiga Pembekal Baharu Di Malaysia
  • Microsoft Umum Pelaburan Lebih RM10 Bilion Di Malaysia
  • Malaysia Catat Pelaburan Lebih RM114 Bilion Dalam Pusat Data, Perkhidmatan Awan - Menteri

Sumber: Infineon

Gambar utama: Facebook Tengku Zafrul

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY