Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Infineon Kulim_2

Infineon Bakal Bina Kilang Fabrikasi SiC 200mm Terbesar Dunia Di Kulim

Diterbitkan Ogos 3, 2023 ยท Dikemas kini Ogos 3, 2023 oleh Amalina Athman

Syarikat dari Jerman, Infineon kini mengumumkan pelaburan tambahan sehingga 5 bilion euro (RM24.8 bilion) dalam tempoh lima tahun, untuk membina loji fabrikasi kuasa silikon karbida (SiC) 200-milimeter (mm) terbesar di dunia bertempat di Kulim, Kedah.

Berkaitan

  • Tak Perlu Tesla, Ini 10 Syarikat Antarabangsa Lain Yang Melabur Di Malaysia

Dengan meluaskan kilang fabrikasi wafer di Malaysia, ia akan menjadi salah satu kilang terbesar di dunia untuk cip SiC, yang akan menyumbang kepada potensi perolehan tahunan kira-kira 7 bilion euro (~RM34.8 bilion), bersama kilangnya di Villach, Austria.

Infineon Kulim

Ketika ini, pasaran bagi SiC mempamerkan pertumbuhan tidak hanya dalam automatif, malah dalam pelbagai aplikasi perindustrian seperti solar, storan tenaga, pusat data dan pengecasan EV berkuasa tinggi.

Sementara itu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul memaklumkan pengembangan kilang di Kulim itu bukan sahaja akan mewujudkan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi, tetapi turut meletakkan Malaysia sebagai peneraju dalam pasaran.

Sumber: Infineon

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
  • Liputan ULTRA5G U Mobile Kini Menjangkau Kira-Kira 2.3 Juta Penduduk Di Sabah
  • Ini 10 Telefon Pintar Android Paling Berkuasa Dalam Ranking AnTuTu Setakat Oktober 2026
  • LUMOS Lancar 4 Model Tablet Mampu Milik, Harga Bermula RM399
  • Ledakan AI Ubah Kuasa Rundingan Pembekal Cip, Apple Kini Berdepan Kos Lebih Tinggi
  • Ladang Angin Seluas Singapura Kini Salur Elektrik Ke Vietnam
  • Google Perkenal Ikon Baharu Untuk Messages, Phone Dan Contacts
  • Lebih 1.3 Juta Set-Top Box Dijangkiti Malware, Google Sekat Salah Satu Pengeluar Peranti Android
©2026 WISER.MY