Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Microsoft News

Malaysia Catat Pelaburan Lebih RM114 Bilion Dalam Pusat Data, Perkhidmatan Awan – Menteri

Diterbitkan Jun 11, 2024 · Dikemas kini Jun 11, 2024 oleh Amalina Athman

Malaysia telah meluluskan pelaburan dalam pusat data dan perkhidmatan awan (cloud service) berjumlah RM114.7 bilion bagi tempoh 2021 hingga 2023.

Menteri Pelaburan, Perdagangan & Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata pelaburan itu telah membuka 2,325 peluang pekerjaan baharu bernilai tinggi (high-value jobs) dalam pelbagai bidang kepakaran khusus, termasuk saintis data, penganalisis data, jurutera data, penganalisis keselamatan siber dan jurutera rangkaian.

Sehubungan itu, beliau memaklumkan Majlis Pelaburan Negara telah bersetuju supaya MITI melalui agensinya MIDA menggubal sebuah kerangka insentif, termasuk melalui mekanisme penggunaan peralatan cekap tenaga dan air, serta penyediaan tenaga boleh baharu yang mencukupi bagi memudahcara pelaburan pusat data AI di Malaysia.

Tambahnya, pelaburan dalam infrastruktur teknologi termaju dan pusat data AI berupaya menyokong komitmen kerajaan bagi mempercepatkan agenda transformasi digital negara dalam segenap aspek, selain melancarkan lagi usaha peralihan kepada ekonomi berpendapatan tinggi.

Sumber: Tengku Zafrul

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY