Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Apple Tambah Tiga Pembekal Baharu Di Malaysia

Posted on April 29, 2024April 29, 2024

Apple telah menambah tiga pembekal baharu di Malaysia dalam senarai pembekal bagi tahun fiskal 2023 (FY23) yang diumumkan baru-baru ini, manakala satu telah dialih keluar.

{suggest}

Tiga kilang pembekal itu termasuk Broadcom Limited, Sony Corporation dan Qorvo Incorporated. Sementara kilang pembekal Skyworks Solutions Incorporated di Perak telah dikeluarkan dalam senarai itu.

Berikut merupakan senarai penuh 19 kilang pembekal Apple di Malaysia bagi FY23 yang berakhir pada 30 September 2023:

  1. Alps Alpine Company Limited, Negeri Sembilan
  2. ams-OSRAM AG, Pulau Pinang
  3. Broadcom Limited, Pulau Pinang
  4. Infineon Technologies AG – Kedah, Melaka, Perak
  5. Intel Corporation – Kedah, Pulau Pinang
  6. Knowles Corporation, Pulau Pinang
  7. Lumileds Holding B.V, Pulau Pinang
  8. Molex Incorporated, Pulau Pinang
  9. Murata Manufacturing Company Limited, Perak
  10. ON Semiconductor Corporation – Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Selangor
  11. Power Integrations Incorporated, Perak
  12. Qorvo Incorporated, Perak
  13. Renesas Electronics Corporation, Pulau Pinang
  14. Rohm Company Limited , Kelantan
  15. Sony Corporation, Perak
  16. STMicroelectronics N.V. – Johor, Perak, Selangor
  17. Taiyo Yuden Company Limited, Sarawak
  18. Texas Instruments Incorporated – Melaka, Selangor
  19. Western Digital Corporation, Pulau Pinang

Di Asia Tenggara, Vietnam mendahului bilangan pembekal tertinggi dengan 35 pembekal, diikuti Thailand (24), Singapura (23), Malaysia (19) dan Filipina (17).

Secara global, China kekal sebagai pemain utama dalam rantaian bekalan Apple, menyumbang 42% daripada pengeluarannya.

Sumber: AppleĀ 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress