Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Industri Media Digital Diambang Krisis Akibat Carian AI

Industri Media Digital Diambang Krisis Akibat Carian AI

Diterbitkan Ogos 4, 2025 ยท Dikemas kini Ogos 4, 2025 oleh ariff bukhari

Kemunculan teknologi carian berasaskan AI seperti ChatGPT semakin mengancam industri media digital yang sudah pun bergelut dengan penurunan trafik dan pendapatan iklan.

Kajian terbaru berkaitan isu ini mendedahkan, pengguna mengklik pautan separuh daripada kadar biasa apabila carian disertakan dengan ringkasan AI, menyebabkan kerugian besar kepada laman berita yang bergantung pada pelawat untuk langganan dan iklan.

Walaupun media seperti Boston Globe mula melihat sedikit pertumbuhan langganan melalui ChatGPT, tetapi jumlahnya adalah masih kecil.

Penggunaan teknik GEO (Generative Engine Optimization) mula menggantikan SEO (Search Engine Optimization) tradisional, dengan tumpuan pada struktur kandungan yang mudah dibaca dan kehadiran di forum seperti Reddit yang sering dirujuk oleh AI.

Namun, penerbit berdepan dilema sama ada mahu membenarkan AI mengakses kandungan mereka untuk manfaat jangka panjang atau melindungi kandungan mereka daripada disalahguna.

Beberapa perjanjian pelesenan seperti antara Google dan Associated Press telah dimeterai, tetapi isu hak cipta masih menjadi pertikaian besar, termasuk dalam saman New York Times terhadap OpenAI dan Microsoft.

Namun, pengumpulan data yang agresif dari syarikat AI utama menyebabkan banyak penerbit berita telah memilih untuk melawan dengan menyekat penyemak imbas AI daripada mengakses kandungan mereka.

Dengan generasi muda semakin bergantung kepada AI untuk mendapatkan berita, kebimbangan mengenai kredibiliti dan sumber maklumat juga meningkat.

“Tiga atau empat tahun akan datang akan menjadi sangat mencabar bagi penerbit di mana-mana. Tiada siapa yang terlindung dari badai ringkasan AI yang sedang berkumpul di barisan hadapan,” Matt Karolian, naib presiden penyelidikan dan pembangunan di Boston Globe Media.

Sumber: AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei
  • Akhirnya Adobe Perkenal Ciri Baharu Paling Dinanti Dalam Photoshop
  • Teknik Baru Penggodam Bolehkan Telefon Android Digodam Sekelip Mata

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY