Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Telegram_Bigo Live

Indonesia Pertimbang Sekat Telegram, Bigo Live

Diterbitkan September 3, 2024 · Dikemas kini September 3, 2024 oleh Amalina Athman

Indonesia sedang mempertimbangkan untuk menyekat aplikasi pemesejan Telegram dan platform penstriman Bigo Live kerana didakwa digunakan untuk mempromosikan pornografi dan perjudian, lapor Sputnik.

Menteri Komunikasi dan Teknologi Maklumat Indonesia, Budi Arie Setiadi berkata walaupun kementerian telah mengeluarkan amaran keras kepada kedua-dua platform itu, tetapi maklum balas mereka masih belum mencukupi.

Saya lebih suka menutup Bigo Live dan Telegram serta-merta, tetapi sebuah pasukan perlu melakukan kajian lanjut terlebih dahulu… Kami bertindak berdasarkan bukti yang dikumpul oleh pasukan kami. Jika kami menemukan bukti promosi pornografi atau perjudian, kami akan teruskan dengan menyekat platform berkenaan

Sebelum ini, Amsterdam juga telah melarang penjawat awamnya daripada menggunakan aplikasi Telegram pada telefon kerja berikutan kebimbangan terhadap aktiviti jenayah dan potensi pengintipan.

Dalam perkembangan lain, CEO Telegram Pavel Durov sedang menghadapi pertuduhan di Perancis kerana didakwa bersubahat dalam mentadbir platform itu dengan membenarkan transaksi haram dan pelbagai jenayah terancang.

Berkaitan

  • Ribuan Bot Telegram Digunakan Untuk Sebar Perisian Hasad Pada Peranti Android
  • Amsterdam Haramkan Penjawat Awam Guna Telegram Pada Telefon Kerja
  • CEO Telegram Ditahan Di Perancis
  • CEO Telegram Hadapi Pertuduhan ‘Bersubahat’ Dalam Jenayah Terancang Di Aplikasi

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY