Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pavel Durov CEO Telegram_

CEO Telegram Ditahan Di Perancis

Diterbitkan Ogos 26, 2024 · Dikemas kini Ogos 26, 2024 oleh Amalina Athman

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Telegram, Pavel Durov, telah ditahan di Lapangan Terbang Le Bourget di Perancis sejurus selepas tiba dengan jet peribadi dari Azerbaijan pada Sabtu, lapor Reuters.

Menurut sumber yang dipetik, penahanan jutawan teknologi berusia 40 tahun itu merupakan sebahagian daripada siasatan awal polis kerana didakwa gagal membendung dan membenarkan pelbagai aktiviti jenayah di Telegram – seperti eksploitasi kanak-kanak, penipuan, pengedaran dadah, buli siber, jenayah terancang dan promosi keganasan.

Telegram, yang berpangkalan di Dubai, diasaskan oleh Durov – kelahiran Rusia yang mempunyai dua kewarganegaraan Perancis dan UAE. Dalam satu kenyataan mengenai penahanan itu, Telegram berkata,

Telegram mematuhi undang-undang EU, termasuk Akta Perkhidmatan Digital — pemantauannya berada dalam piawaian industri dan sentiasa bertambah baik. CEO Telegram Pavel Durov tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan dan kerap melakukan perjalanan di Eropah. Adalah tidak masuk akal untuk mendakwa bahawa platform atau pemiliknya bertanggungjawab atas penyalahgunaan platform itu.

Dalam laporan berasingan, AFP (melalui Yahoo News) mengatakan bahawa Perancis nampaknya telah melanjutkan penahanan Durov melebihi 24 jam. Tempoh itu juga boleh berlanjutan sehingga 96 jam, sebelum diputuskan untuk membebaskan atau mendakwanya dan reman dalam tahanan selanjutnya.

Sejak ia dilancarkan, Telegram telah menjadi sumber orang ramai untuk mencari pelbagai maklumat penting. Walau bagaimanapun, kekurangan pemantauan oleh platform itu juga membantu menjadikannya “syurga” buat pelaku ancaman (threat actors), dengan ia hanya mengawal kandungannya apabila dipaksa berbuat demikian oleh kerajaan dan organisasi lain.

Berkaitan

  • Microsoft Tambah Bot Copilot Dalam Aplikasi Telegram
  • Ribuan Bot Telegram Digunakan Untuk Sebar Perisian Hasad Pada Peranti Android
  • Telegram Perkenal Sejumlah Ciri Baharu - Pelayar Berbilang Tab, Stor Aplikasi Mini
  • Amsterdam Haramkan Penjawat Awam Guna Telegram Pada Telefon Kerja

Sumber: Reuters, Yahoo News

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY