Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CEO Telegram_1

CEO Telegram Hadapi Pertuduhan ‘Bersubahat’ Dalam Jenayah Terancang Di Aplikasi

Diterbitkan Ogos 29, 2024 · Dikemas kini Ogos 29, 2024 oleh Amalina Athman

Pavel Durov, CEO dan pengasas bersama Telegram kini menghadapi pertuduhan dalam siasatan jenayah terancang pada aplikasi pemesejan itu, serta tidak dibenarkan meninggalkan Perancis.

Antaranya termasuk disyaki “bersubahat” dalam menjalankan platform dalam talian yang membenarkan transaksi haram, imej penderaan seks kanak-kanak, penyeludupan dadah dan penipuan, serta keengganan untuk menyampaikan maklumat kepada pihak berkuasa, pengubahan wang haram dan menyediakan perkhidmatan kriptografi kepada penjenayah.

Pendakwa raya Perancis berkata, salah satu pertuduhan itu – bersubahat dalam mentadbir platform dalam talian yang membenarkan transaksi haram, boleh membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dan denda €500,000 (~RM2.41 juta).

Selain itu, Telegram juga dikatakan hampir gagal sepenuhnya menjawab permintaan undang-undang untuk data pengguna dalam dakwaan kes jenayah siber.

Sementara menunggu perbicaraan, Durov dibenarkan ikat jamin pada €5 juta (~RM24.1 juta), serta dilarang meninggalkan Perancis dan dikehendaki melaporkan kepada polis dua kali seminggu.

Terdahulu, Durov telah ditahan di Perancis sejurus selepas tiba dengan jet peribadi dari Azerbaijan pada Sabtu.

Berkaitan

  • Ribuan Bot Telegram Digunakan Untuk Sebar Perisian Hasad Pada Peranti Android
  • Telegram Perkenal Sejumlah Ciri Baharu - Pelayar Berbilang Tab, Stor Aplikasi Mini
  • Amsterdam Haramkan Penjawat Awam Guna Telegram Pada Telefon Kerja
  • CEO Telegram Ditahan Di Perancis

Sumber: NBC News

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY