Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
indonesia rating

Indonesia Bakal Kuat Kuasa Undang-Undang Baharu Untuk Kawal Rating Umur Permainan Video

Diterbitkan Oktober 14, 2025 oleh Amsyar Latif

Indonesia kini memperketat kawalan terhadap pasaran permainan video yang semakin pesat berkembang melalui rangka kerja peraturan baharu yang akan dikuatkuasakan bermula Januari 2026. Langkah ini akan mewajibkan semua pembangun dan penerbit permainan mematuhi sistem penarafan umur rasmi negara itu, Indonesia Game Rating System (IGRS).

Kementerian Komunikasi dan Digital (Komdigi) mengesahkan bahawa mana-mana permainan yang didapati mempunyai klasifikasi umur tidak tepat atau mengelirukan boleh dikenakan tindakan, sama ada melalui perubahan semula klasifikasi atau penyingkiran kekal daripada semua platform.

Menurut Dirjen Ekosistem Digital Komdigi, Edwin Hidayat Abdullah, usaha ini bertujuan melindungi pemain muda daripada terdedah kepada kandungan ganas, eksplisit atau berkaitan perjudian. Permainan dengan pelanggaran serius boleh diturunkan secara kekal daripada pasaran digital.

Sistem IGRS akan mengklasifikasikan permainan kepada lima kategori umur iaitu 3+, 7+, 13+, 15+ dan 18+. Semua permainan wajib memaparkan penarafan tersebut dengan jelas pada bungkusan fizikal dan halaman digital. Ia turut terpakai kepada pembangun luar negara serta kandungan buatan pengguna yang boleh diakses di Indonesia.

Bagi memperkukuh semakan umur pengguna, Indonesia akan mengintegrasikan sistem IGRS dengan teknologi electronic Know Your Customer (eKYC). Antara syarikat yang terlibat termasuk Privy, GLAIR dan Fazpass, yang akan menyediakan pengesahan identiti masa nyata melalui pengecaman wajah, semakan dokumen dan pengesanan liveness.

Komdigi turut menasihatkan ibu bapa agar tidak meminjamkan Kartu Tanda Penduduk (KTP atau di Malaysia umpama MyKad) kepada anak-anak bagi mengelak penyalahgunaan sistem. Walaupun teknologi mampu menapis akses, pihak kementerian menegaskan pengawasan keluarga tetap menjadi faktor paling penting.

Berkaitan

  • Aplikasi 'All Indonesia' Kini Wajib Dipasang Pengembara Antarabangsa
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Indonesia Gantung Lesen TikTok Selepas Gagal Kongsi Data

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
©2026 WISER.MY