Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Penumpang yang Tiba di Tiga Bandara Internasional dan Pelabuhan di Batam Wajib Deklarasi Kedatangan Melalui Aplikasi All Indonesia

Aplikasi ‘All Indonesia’ Kini Wajib Dipasang Pengembara Antarabangsa

Diterbitkan September 2, 2025 ยท Dikemas kini September 2, 2025 oleh ariff bukhari

Mulai 1 September 2025, penumpang penerbangan dan pelabuhan antarbangsa di Indonesia diwajibkan mengisi deklarasi kedatangan melalui aplikasi All Indonesia.

Aplikasi ini bertujuan memudahkan proses imigrasi, bayaran cukai, kesihatan, dan kuarantin dalam satu sistem digital yang disepadukan.

Penumpang sudah dapat mengisi deklarasi tiga hari sebelum mereka tiba mahupun setelah mendarat di lapangan terbang atau pelabuhan.

Dengan adanya aplikasi ini, proses ketibaan akan lebih cepat, mudah, dan mesra bagi semua termasuklah warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan kanak-kanak.

Selain itu, integrasi dengan bayaran cukai menggantikan e-CD, mempercepat pengurusan orang dan barangan.

all indonesia 1
all indonesia 3
all indonesia 2

Integrasi dengan Kementerian Kesihatan pula membantu pengesanan awal penyakit, sementara fungsi kuarantin memastikan pengawasan haiwan, tumbuhan, dan produk berjalan lebih efektif demi ketahanan dan perlindungan makanan serta ekonomi.

Buat masa ini, All Indonesia diwajibkan kepada pengembara yang tiba di 3 lapangan terbang antarabangsa iaitu Soekarno-Hatta, I Gusti Ngurah Rai, dan Juanda serta 6 pelabuhan antarabangsa di Batam iaitu Batam Centre, Nongsa, Marina, Sekupang, Harbour Bay, dan Bengkong.

Deklarasi dapat diakses melalui allindonesia.imigrasi.go.id atau aplikasi mudah alih di Google Play Store dan App Store.

Berkaitan

  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • 5 Syarikat Teknologi Tempatan Yang Mungkin Anda Tak Tahu Wujud Tapi Popular - Bah.1
  • Tiada TikTok Live Di Indonesia Buat Sementara Waktu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY