Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TikTok featured image_CNN

Indonesia Gantung Lesen TikTok Selepas Gagal Kongsi Data

Diterbitkan Oktober 3, 2025 · Dikemas kini Oktober 3, 2025 oleh Amalina Athman

Indonesia menggantung status pendaftaran TikTok sebagai penyedia sistem elektronik selepas aplikasi media sosial itu gagal menyerahkan semua data berkaitan penggunaan ciri penstriman langsung semasa gelombang protes nasional baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan, pegawai di Kementerian Komunikasi dan Digital Indonesia Alexander Sabar berkata beberapa akaun yang dipercayai mempunyai kaitan dengan aktiviti perjudian dalam talian telah menggunakan ciri penstriman langsung TikTok ketika demonstrasi dan menjana pendapatan daripadanya.

Sebelum ini, TikTok pernah menggantung sementara ciri siaran langsung semasa protes itu bagi “memastikan TikTok kekal sebagai ruang yang selamat dan beradab”.

Menurut Sabar, kerajaan Indonesia kemudian meminta syarikat itu menyerahkan data trafik, siaran langsung dan penjanaan pendapatannya. Bagaimanapun, TikTok yang dimiliki oleh ByteDance dari China hanya memberikan sebahagian data, dengan alasan prosedur dalaman mereka.

Jadi, kementerian menganggap TikTok telah melanggar kewajipan sebagai penyedia sistem elektronik swasta, dan tindakan penggantungan sementara diambil sebagai langkah pengawasan.

Sebagai rujukan, Indonesia mewajibkan semua penyedia perkhidmatan digital yang beroperasi di negara itu mendaftar dan menyerahkan maklumat diperlukan bagi tujuan pemantauan keselamatan digital, atau berisiko disekat.

Setakat ini, masih belum jelas sama ada akses ke TikTok di Indonesia telah disekat sepenuhnya. Menurut Reuters, pihaknya masih boleh mengakses aplikasi itu seperti biasa pada Jumaat, 3 Oktober 2025.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • TikTok Diminta Sedia Mekanisme Baharu, Cegah Akses Pengguna Bawah Umur
  • TikTok Shop Naikkan Yuran Komisen Mulai 13 September
  • Sekutu Trump Akan Menguasai TikTok Versi AS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY