Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
India Pengguna Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia Dengan Purata 36GB/bulan

India Pengguna Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia Dengan Purata 36GB/bulan

Diterbitkan November 25, 2025 · Dikemas kini November 25, 2025 oleh ariff bukhari

Pertumbuhan trafik mudah alih global kini semakin pesat dengan 5G muncul sebagai teknologi dominan.

Menurut laporan Ericsson Mobility Report, trafik data mudah alih global dijangka meningkat 2.2 kali ganda menjelang 2031, mencecah 310 EB (Exabytes)* sebulan tanpa FWA (Fixed Wireless Access).

Jika termasuk FWA, jumlah ini akan melonjak kepada 482 EB sebulan.

Sumbangan 5G semakin jelas: daripada 34% trafik pada 2024, ia naik kepada 43% pada 2025 dan dijangka mencapai 83% pada 2031.

Pertumbuhan ini dipacu oleh penggunaan video, aplikasi AR/VR/MR serta AI generatif yang semakin meluas.

Berdasarkan laporan Ericsson, India merupakan pengguna data mudah alih tertinggi di dunia.

Ericsson mendapati, pengguna telefon pintar aktif di India secara menggunakan sebanyak 36 GB data setiap bulan bagi setiap telefon pintar yang aktif.

India Pengguna Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia Dengan Purata 36GB/bulan
Menjelang 2031, penggunaan data mudah alih di India dijangka meningkat kepada 65GB data sebulan.

Ericsson menjelaskan, pertumbuhan trafik di India ini meningkat dari tahun ke tahun kerana disokong oleh kemampuan peranti yang bertambah baik.

Secara keseluruhan, purata trafik data mudah alih setiap telefon pintar aktif adalah 21 GB secara global pada tahun 2025 dengan 5G menjadi tulang belakang ekosistem digital masa depan.

*1 EB = 1,000,000 Terabytes (TB)

Berkaitan

  • Nak Rumah Selamat, Privasi Terjaga 24/7? Unifi Ada Penyelesaian Pintar
  • Purata Data Bulanan Pengguna CelcomDigi Kini Meningkat Kepada 40GB Seorang
  • Cara Main C&C: Red Alert 2 Terus Di Pelayar Dan Telefon Pintar
  • Perancis Guna Dron Perangi Kecurian Kabel Tembaga Di Landasan Kereta Api

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY