Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Jangan Biarkan Malaysia Jadi Tong Sampah Elektronik Dunia

Import ‘E-Waste’ Kini Diharamkan Sepenuhnya

Diterbitkan Februari 5, 2026 ยท Dikemas kini Februari 5, 2026 oleh Amalina Athman

Pengimportan sisa elektronik (e-waste) diharamkan sepenuhnya berkuat kuasa 4 Februari 2026, dan akan diklasifikasikan di bawah kategori Larangan Mutlak dalam Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023.

Memetik laporan Berita RTM, keputusan itu dicapai Pasukan Petugas Khas Hala Tuju Pengurusan Penguatkuasaan Pengimportan Sisa Plastik dan E-Waste Dalam Negara, yang dipengerusikan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki.

“E-waste tidak lagi dibenarkan dan perlu buat penguatkuasaan tegas membabitkan semua agensi. Justeru, Jabatan Alam Sekitar (JAS) diarah untuk mengemukakan permohonan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bagi meletakkan e-waste di bawah kategori Larangan Mutlak dalam Perintah Kastam,” katanya dalam mesyuarat yang diterajui oleh Bahagian Penyiasatan Tatakelola (BPT) SPRM di Ibu Pejabat SPRM.

Langkah itu selaras dengan usaha kerajaan bagi memperketatkan kawalan kemasukan sisa berbahaya serta melindungi alam sekitar.

Sebelum ini, e-waste disenaraikan di bawah kategori Larangan Bersyarat Kecuali Mengikut Cara Yang Diperuntukkan di bawah Jadual Ketiga Bahagian 1 Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023.

Peruntukan itu membolehkan Ketua Pengarah JAS menggunakan budi bicara untuk memberikan pengecualian terhadap pengimportan sisa terlarang tertakluk kepada syarat tertentu di bawah Seksyen 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Dalam mesyuarat sama, penyelarasan serta penguatkuasaan berkaitan e-waste turut dipersetujui untuk diperkukuh melalui penubuhan jawatankuasa khas. Jawatankuasa ini akan dipengerusikan oleh Komander Kawalan dan Perlindungan Sempadan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Nik Ezanee Mohd Faisal, dalam masa terdekat.

Dalam perkembangan berkaitan, mesyuarat turut membincangkan cadangan pelaksanaan moratorium selama tiga bulan terhadap pengimportan sisa plastik.

Berkaitan

  • Jangan Biarkan Malaysia Jadi Tong Sampah Elektronik Dunia
  • Bateri ASTRA Kini Diiktiraf SIRIM, Jenama Tunggal Bateri Di Malaysia Terima Pengesahan Penuh
  • PC AIO Yang Buat Meja Kerja Nampak Lebih Kemas

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY