Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Imej Xiaomi Redmi 5 Plus Tertiris Dengan Skrin 18:9 Dan Dwi Kamera Belakang

Posted on November 1, 2017

Peranti telefon pintar Xiaomi Redmi 5 Plus dijangka akan menampilkan skrin 5.9 inci dengan resolusi HD penuh. Menariknya skrin ini akan didatangkan dalam nisbah 18:9 seperti gambar yang tertiris dalam laman sosial Weibo.

Peranti ini dikhabarkan akan diletakkan cip Snapdragon 625 atau 450. Dari segi ruang memori pula, kemungkinan dua pilihan akan ditawarkan dalam bentuk 3GB RAM dengan 32GB ROM atau 4GB RAM dengan 64GB ROM. Kamera belakang pula akan mengikut trend semasa dengan sistem dwi kamera dengan kombinasi 12 MP dan 5 MP.

Xiaomi bakal melancarkan peranti mereka pada 11 November ini kerana ia merupakan hari yang popular dalam kalangan e perdagangan kerana menampilkan dua angka 11.11. Harga yang ditawarkan mungkin bermula dari RM 600.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress