Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Imej Xiaomi Mi 6X Muncul Dengan 2 Pilihan Warna Setakat Ini

Imej Xiaomi Mi 6X Muncul Dengan 2 Pilihan Warna Setakat Ini

Diterbitkan Januari 26, 2018 oleh Wiser MY

Peranti Xiaomi Mi 6X telah tertiris dan menampilkan dua pilihan warna iaitu hitam dan merah jambu. Peranti itu dikatakan akan menggunakan logam sepenuhnya untuk rekaan luar dan menampilkan kedudukan dwi-kamera seperti peranti iPhone X.

Ini bermakna dwi-kamera tersebut akan diletakkan pada sudut menegak dengan lampuĀ flash akan diapit oleh dua kamera utama di belakang. Terlihat juga pengimbas cap jari di bahagian belakang peranti mengesahkan peranti ini akan menggunakan cap jari sebagai sistem nyahkunci utama.

Imej Xiaomi Mi 6X Muncul Dengan 2 Pilihan Warna Setakat Ini

Untuk cip pemprosesan pula, Xiaomi dikatakan akan menggunakan cip SoC, Surge S2 mereka sendiri untuk memacu peranti ini. Cip itu juga diramal akan digunakan untuk satu lagi peranti mereka yang ditunggu-tunggu iaitu Xiaomi Mi A2. Besar kemungkinan kedua-dua peranti ini akan memperlihatkan rekaan luaran yang sama dengan rekaan antaramuka yang berbeza.

Imej Xiaomi Mi 6X Muncul Dengan 2 Pilihan Warna Setakat Ini

Xiaomi Mi 5X muncul di pasaran pada bulan Julai tahun lepas dan ini bermakna peranti Xiaomi Mi 6X juga mungkin akan menemui pengguna pada pertengahan tahun ini melainkan Xiaomi ada rancangan lain dan mengeluarkannya lebih awal dari yang disangka.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY