Berdasarkan desas-desus dan imej yang mula tersebar, 2018 mungkin adalah tahun Sony menampilkan kelainan pada rekaan Xperia. Baru-baru ini telah muncul beberapa imej yang didakwa milik model Xperia A.
Melihat kepada imej, Xperia A mungkin hadir dengan rekaan skrin penuh tanpa bezel pada bahagian sisi serta bawah.
Terdapat sedikit bezel pada bahagian atas yang dipercayai menempatkan lensa kamera selfie, sensor dan juga speaker.
Rekaan kali ini nampak begitu kemas dengan setiap penjuru berbentuk melengkung dan seperti biasa pengimbas cap jarinya mungkin terletak ditempat yang sama iaitu pada butang kuasa.
Binaan panel belakang pula dikatakan diperbuat daripada logam dan kelihatan terletaknya tetapan dwi kamera pada penjuru kiri atas. Logo Sony juga kemas tersemat pada bahagian belakang.
Ura-ura mengatakan peranti ini bakal menggunapakai skrin paparan OLED berukuran 6 inci dengan sokongan 4K.
Dikuasakan dengan cip pemprosesan Snapdragon 845, menjalankan sistem operasi Android Oreo dan diramal pelancarannya akan berlangsung pada April 2018.
Dengan rekaan sebegini ringkas dan kemas, adakah anda berminat untuk memilikinya tahun hadapan?
Sumber: IT House
Berkaitan
- Facebook Bantu Anda Jika Terdapat Kanak-Kanak Hilang
- iPhone 2018 Didakwa 10% Lebih Laju Serta Digandingkan Dengan RAM 4GB
- Huawei Enjoy 8 - Spesifikasi Penuh Dan Imej Rekaan Tertiris
- iPhone 11, 11 Pro Dan 11 Pro Max Kini Rasmi Dilancarkan, Harga Bermula Dari RM3399
- Jenama Lejen Ini Janjikan Kemaskini Android Lebih Pantas Untuk Anda
- realme X50 5G Diperkenalkan, Paparan 120Hz Dengan Antaramuka Baru
- Antutu Senaraikan 10 Telefon Pintar Dengan Prestasi Terbaik Bagi Januari 2019
- Xiaomi Mi A3 Dan Mi A3 Lite Dikhabarkan Hadir Dengan Cip Snapdragon 730 dan 675
- U Mobile GX50 Kini Boleh Dilanggan Pada Harga RM40 Sebulan
- Microsoft Akan Bangunkan "Netflix for games"