Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Imej Sebenar Telefon Pintar Razer Didakwa Telah Tertiris

Imej Sebenar Telefon Pintar Razer Didakwa Telah Tertiris

Diterbitkan Oktober 16, 2017 · Dikemas kini Oktober 16, 2017 oleh Helmi Samsuri

Sudah berbulan khabar angin mengenai Razer mahu mengeluarkan telefon pintar dan ia merupakan yang pertama bagi syarikat perkakasan komputer tersebut.

Ia dikuatkan lagi dengan laporan Razer mengambil alih syarikat pengeluar telefon pintar, Nextbit, pada awal 2017 yang lepas. Tidak banyak maklumat yang didedahkan oleh Razer mengenai rancangan mereka untuk menghasillkan telefon pintar tetapi baru-baru ini, satu foto didakwa imej sebenar peranti berkenaan telah tertiris.

Imej Sebenar Telefon Pintar Razer Didakwa Telah Tertiris

Jika diamati dari foto yang tertiris itu, ia direka dengan bentuk agak “petak” menyerupai model Nextbit Robin. Selain itu, turut kelihatan adalah dwi kamera utama yang terletak dibahagian penjuru kiri serta logo Razer yang terletak kemas ditengah.

Anda boleh lihat dua pasang butang berada disisi telefon itu, tetapi masih tidak diketahui fungsinya. Walaubagaimanapun, foto ini masih belum rasmi dan ia mungkin sekadar imej konsep yang tersebar ke internet. Razer dikatakan bakal mengadakan satu acara pada 1 November depan dan ramai yang berharap syarikat itu mengumumkan sesuatu yang berkaitan dengan telefon pintar ini.

Antara spesifikasi (khabar angin)  yang disebut-sebut bakal hadir pada telefon pintar Razer adalah:

  • Skrin paparan 5.7 inci HD
  • Snapdragon 835
  • RAM 8GB
  • Storan dalaman 64GB
  • Dwi kamera 12MP
  • Kamera swafoto 8MP

Imej Sebenar Telefon Pintar Razer Didakwa Telah Tertiris

Sumber: TechByte dan Lowyat.net

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY