Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Imej OnePlus 5T Dipercayai Tertiris- Paparan Bingkai Nipis

Imej OnePlus 5T Dipercayai Tertiris- Paparan Bingkai Nipis

Diterbitkan Oktober 23, 2017 ยท Dikemas kini Oktober 23, 2017 oleh Helmi Samsuri

Beberapa ketika, kedengaran berita mengenai OnePlus 5 sudah kehabisan stok dan pada masa yang sama timbul pula desas-desus syarikat itu bakal keluar dengan model yang baru.

Jika dilihat sekitar waktu yang sama tahun lepas, OnePlus melancarkan OnePlus 3T dan pelbagai pihak berpendapat OnePlus 5T mungkin dikeluarkan dalam masa terdekat.

Walaubagaimanapun, syarikat pengeluar tidak ada mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung khabar angin itu tetapi baru-baru ini, satu imej didakwa sebagai model OnePlus 5T telah tertiris ke internet.

Imej OnePlus 5T Dipercayai Tertiris- Paparan Bingkai Nipis

 

Berdasarkan imej tersebut, skrin paparan sudah mengikut tren pengeluar yang lain iaitu bingkai nipis dan mungkin dengan nisbah paparan 18:9.

Berbeza dari OnePlus 5, model ini dilihat mungkin tampil dengan pengimbas cap jari dibahagian belakang. Memperkemaskan lagi, sistem dwi kamera turut kelihatan pada penjuru kiri tetapi imej ini hanyalah khabar angin sahaja.

Apa-apa pun mari kita tunggu pengumuman dari OnePlus sendiri yang diramalkan bakal dibuat pada bulan hadapan.

Sumber: Weibo

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY