Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Imej Nokia 9 Tertiris, Tanpa Bicu Audio 3.5mm

Imej Nokia 9 Tertiris, Tanpa Bicu Audio 3.5mm

Diterbitkan Oktober 14, 2017 ยท Dikemas kini Disember 3, 2017 oleh Helmi Samsuri

Bulan lalu kita telah melihat telefon pintar flagship Nokia 8 dilancarkan untuk pasaran dalam negara. Mungkin ada diantara anda yang belum sempat untuk melihat lebih dekat Nokia 8, kini berita tentang Nokia 9 pula sudah mula hangat diperkatakan.

Dipercayai akan hadir sebagai model kelas atasan, Nokia turut dikatakan akan dilengkapi dengan sokongan video 360 darjah. Jika dilihat pada foto yang tertiris ini, ia mempunyai rekaan lengkung di depan dan belakang serta sistem dwi kamera utama.

Terlihat juga, sensor pengimbas cap jari berada betul-betul dibawah dwi lensa kamera utama, port USB C, tetapi tanpa bicu audio 3.5mm.

Spesifikasi lain pula, peranti ini mungkin tampil dengan skrin 5.5 inci bezel tipis, cip Snapdragon 835, RAM 4GB serta dua pilihan saiz storan; 64 GB dan 128 GB.

Buat masa sekarang, spesifikasi yang disebutkan diatas hanyalah khabar angin dan untuk maklumat rasmi, sama-sama kita nantikan pengumuman dari syarikat pengeluar.

Sumber: Android Authority

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY