Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
NINTENDO SWITCH 2

Imej Nintendo Switch 2 Yang Tertiris Kecewakan Para ‘Gamers’

Diterbitkan Disember 23, 2024 · Dikemas kini Disember 24, 2024 oleh ariff bukhari

Switch 2 dijangka dilancarkan pada tahun 2025 hadapan tetapi sebelum pengumuman rasminya dibuat para pemain mendakwa mereka telah melihat pandangan pertama konsol tersebut secara tidak sengaja.

Satisfye, sebuah syarikat yang menghasilkan aksesori untuk Joy-Con Switch, secara tidak sengaja memaparkan Switch 2 dalam treler yang kini telah dipadamkan.

Walaupun video tersebut ditarik balik, tangkapan layar telah dikongsi di Reddit, memberikan pandangan awal tentang rupa konsol baharu itu.

https://x.com/nRAYm2002/status/1866295996785074518

Daripada imej yang tertiris itu, Switch 2 kelihatan serupa dengan model asal. Ini tidak mengejutkan kerana Nintendo mungkin tidak ingin mengubah reka bentuk yang berjaya.

Namun, terdapat spekulasi tentang peningkatan perkakasan seperti skrin lapan inci yang lebih besar, Joy-Con dengan mekanisme sambungan baharu, dan dok yang mampu meningkatkan resolusi dari 1080p ke 4K.

Dalam tangkapan layar dari video Satisfye, terdapat satu butang tambahan pada Joy-Con kanan, yang tidak terdapat pada model semasa, sekali gus menyokong ura-ura sebelumnya tentang konsol ini.

Reaksi bercampur muncul dari pemain. Ada yang menyindir bahawa Switch 2 kelihatan hampir sama dengan Switch asal, dengan berkata, “Dari 20 meter, anda tak akan dapat membezakannya.”

Nama rasmi konsol ini masih belum diumumkan, tetapi ramai berharap Nintendo memilih nama seperti *Super Nintendo Switch*.

Berkaitan

  • Durioo+ Akan Hadir Dengan Wajah Baharu Mulai 2025
  • Indonesia Rancang Bina 20 Loji Nuklear Bermula Dari 2028
  • Netflix Peroleh Hak Penyiaran Piala Dunia FIFA Wanita 2027 Dan 2031 Di AS

Sumber: Unilad Tech

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
  • Kerajaan Tidak Tolak Kemungkinan Haramkan Waze Di Malaysia - PM Anwar
  • Filem AI Pertama China Berharga ~RM6.1 Juta Mula Ditayangkan Di Pawagam
  • Bose Rasmi Ambil Alih Skullcandy, Jenama Kekal Beroperasi Berasingan
  • Cara Mohon Gantian MyKad Melalui Aplikasi MyGOV
©2026 WISER.MY